riNduU..

Alhamdulillah.. Setelah lama saya tidak berinteraksi dengan anda di laman blog ini, akhirnya dapat juga saya muncul di sini pada saat ini... Selama ini, saya lebih banyak menghasilkan karya puisi di laman ini. Mungkin kerana minat membuatkan saya lebih terbuka untuk mempamerkan hasil yang mungkin bagi kalian tidak memberangsangkan.

Saya bukanlah sehebat Fatimah Syarha dalam melabelkan karya yang super power di halaman ini. Saya juga bukanlah seagung Saidatina Aisyah, isteri Nabi Muhammad S.A.W dalam menghasilkan hadith-hadith yang terulung. Namun, seperti pepatah bijak pandai, " usaha tangga kejayaan". Jadi, saya mengambil inisiatif ini bagi meneruskan tamrin dan ijtihad saya dalam pembikinan karya berunsurkan puisi mahupun cerita pendek ( cerpen ).


Usaha amat dituntut dalam ad-Din kita. Sama ada di dalam pekerjaan, pembelajaran mahupun dalam rumah tangga yang akan didirikan sesiapa pun.

Amat rugilah bagi mereka yang mempunyai ilmu, tetapi tidak mengamalkannya. Amat rugilah bagi mereka yang mempunyai ilmu, tetapi tidak tahu apa-apa tentang ilmunya. Dan amat-amat rugilah bagi mereka yang mempunyai ilmu, tetapi tidak mahu menyebarkannya. Seperti yang termaktub di dalam dalil Nabi Muhammad S.A.W.

Ulama telah sepakat bahawa menyembunyikan ilmu adalah haram dan berdosa dan
menyampaikan ilmu adalah wajib. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sampaikanlah dariku walau satu ayat” (Riwayat Al-Bukhari)  


Islam menggalakkan usaha penyebaran ilmu. Ini dibuktikan dengan dalil-dalil berikut:

Firman Allah taala yang bermaksud: 
“Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan apa yang Kami turunkan dari 
keterangan-keterangan dan petunjuk setelah kami terangkannya kepada manusia di 
dalam kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati mereka yang melaknat” 
(Al:Baqarah : 159) 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
“Barangsiapa yang menyembunyikan ilmu dia akan dicabuk di hari Kiamat  kelak 
dengan cabuk api neraka” (Riwayat Ahmad)

Maka, di sini jelaslah membuktikan peri pentingnya usaha dan penyebaran ilmu dalam kehidupan kita. Justeru, melalui medium inilah saya ingin melahirkan rasa, mengeluarkan pendapat, dan meluahkan apa-apa perasaan yang terpendam di benak saya selama ini.

Akhirul kalam, saya tidak mahu digelar Dato' Siti Nurhaliza untuk peroleh populariti dalam karya saya.


Namun, cukuplah sekadar diri ini dapat duduk sebaris dengan ahli fikir dan ulama'-ulama' Islam dalam menyebarkan apa-apa yang seadanya, seperti Ustaz Azhar Idrus.



Sekian, tunggulah edisi saya yang lain selepas ini. Walaupun tidaklah sehebat mana.


Comments

Post a Comment

saya menantikan ulasan yang mampu menggetarkan hati saya.
bukan hanya mampu membuatkan saya bangga.
saya nantikan itu !

Popular Posts