pakcik teksi?

hari ini genap 10 hari aku berhijrah di bumi Nilai ini. aku terus menyusuri hari-hariku dengan telatah anak-anak kecil yang cukup membuatkan aku gembira. aku gembira.. mungkin tiada siapa pun yang mengetahui rahsia hatiku ini meskipun di luar jasadku, aku seolah-olah kepenatan.

...............................................................................................................................

pertama kali menjejakkan kaki di Nilai..

hari ini merupakan hari pertamaku menjejakkan kaki di sini, bersamaan 8 Disember. hakikatnya, aku tidak mahu berada di sini pada hari ini. hal ini adalah kerana, pada awal bulan ini aku perlu menghadirkan di pelbagai program yang memerlukan khidmatku. tetapi atas dasar kerja, aku turuti jua kehendak bakal majikan ku.

segalanya berjalan dengan lancar. pada awalnya, kakak ku yang berada di universiti berhampiran di sini yang mengambil aku dan rakan-rakanku tuk di bawa ke rumah penginapan sementara untuk kami. keesokannya pula dengan penuh rela, majikan kami sudi menumpangkan kami ke tempat taklimat kerja itu. di Masjid Putra, Nilai.. aku bersyukur. bukan sahaja majikan ku punyai hati yang baik. rakan-rakan baruku jua peramah denganku. tiada perselisihan lagi. tidak kelihatan juga sikap assobah antara kami. aku gembira. semuanya berjalan lancar.

masa taklimat bersama-sama pekerja dan ibu bapa anak-anak tadika tempatku bekerja sudah tamat. aku dan rakan-rakanku iaitu Riza dan Daya dalam kebuntuan. kami sudah tidak punyai apa-apa kenderaan untuk menuju ke arah komuter berhampiran di situ. jarak masa untuk ke sana mengambil masa dalam 25 minit dari masjid tersebut.  kami buntu. aku cuba meminta pertolongan. aku mengeluarkan telefon bimbitku tuk memberikan pesanan ringkas kepada kakakku.

"kak inah, ada simpan nombor telefon mana-mana teksi tak? adik dah nak balik ni..," aku menekan butang send.
tidak lama kemudian..
tett.. tett.. bunyi telefonku. tanda pesanan ringkas telah masuk ke ruang inbox ku.

"013456.."

aku cuba mendailnya. dengan harapan dapat membantu.

"maaf.. saya sibuk sekarang ini. "

itu jawapan pakcik teksi tersebut. Allah.. aku takut ! Riza dan Daya jua sudah mendesak-desakku agar segera. aku cuba meminta sekali lagi nombor telefon teksi pada kakakku..

"013645....."

aku cuba lagi mendail..

"ini bukan teksi. maaf.. saya cuma menyediakan khidmat kereta sewa sahaja," ujar lelaki itu.

aku sudah tersembam ke atas lantai. bagaimana ini? jerit batinku. aku meminta sekali lagi kepada kakakku akan nombor tersebut. ' aku akan minta sampai dapat !'

"019578...."

dengan sokongan Riza dan Daya, aku mendail nombor tersebut dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim. aku menunggu penuh sabar. dapat !

" Assalamu'alaikum. Ini perkhidmatan teksi ke?," soalku buat pembukaan kalam.
" Wa'alaikumussalam. Ye.. saya., " balasnya.
kedengaran lembut suara milik seorang lelaki di hujung talian. hatiku berdebar-debar di situ. aku gembira. teramat-amat gembira. dapat ! aku menunjukkan simbol ibu jari kepada rakan-rakanku, tanda dapat.

akhirnya kami membuat deal untuk menggunakan khidmatnya pada petang itu. dia hanya meminta kami memberikan pesanan ringkas jika kami sudah punyai masa tuk pulang. tidak lama kemudian, aku menghantar pesanan ringkas kepadanya.

Pakcik, kalau ambil kami sekarang, boleh ke? dari Masjid Putra ke KTM Nilai.. jumlah kami 3 orang ye. terima kasih.

sejurus selepas itu, kami menerima panggilan daripada pakcik teksi tersebut. dia sudah sampai. agak kelam-kabut juga kami pada waktu itu. tidak dijangka pakcik itu akan datang mengambil kami secepat itu.

usai kami melihat kelibat keretanya di hujung sudut parking yang disediakan, kami terpana. kami memandang ke arah satu sama lain. Kancil? kami berwarawiri. benarkah itu teksinya? kelihatan pemandu kereta itu seolah-olah memanggil kami. sekali lagi kami berpandangan. muda ! bukan pakcik? kami hanya bisa berpandangan sahaja. hatiku mulai berasa resah. malu, takut. semuanya saling bergabung.

kami mengambil tempat di posisi masing-masing bersama-sama beg kami setelah mendapat kepastian dari pemandu tersebut tentang kesahihan teksi itu. benarlah dia "pakcik" teksi tersebut. adush ! aku malu. ku fikirkan dia sudah tua. almaklumlah, pemandu teksi. sudah pastilah akalku terus imagine kan pakcik tua. aku mengambil tempat di kerusi belakang bersama-sama Daya. Riza berada di hadapan bersama-sama "pakcik" itu. masing-masing bagai diselimuti kesunyian. tidak tahu bagaimana ingin memulakan kalam. Malu !

tiba-tiba..

aku memnyeluk poket handbag ku. mengambil telefon bimbit Alcatel milikku.

dua mesej tidak dibaca..

maaf.. saya bukan pakcik. saya cuma pelajar universiti di sini sahaja. jangan panggil saya pakcik lagi ye. =)

saya sudah sampai.

ahhhh !!! malu !!

entah bagaimana, mulutku lancar sahaja bertanya padanya.

" err.. kami nak panggil apa ye?"

" panggil Abang Khairi je..," ujarnya sebaris. diiringi senyum kecilnya. aku tersentak. manis ! astaghfirullah.. segera aku beristighfar dek kelalaian imanku.

sepanjang perjalanan kami pada saat itu, aku bagai tidak keruan. lebih-lebih lagi aku mengetahui darinya bahawa dia tinggal berhampiran rumah sewa kami nanti. Allah..

....................................................................................................................................


setelah 10 hari kami memulakan khidmat kami di sini, aku gembira. tapi ada sesuatu yang membuatkan aku bergetar tatkala memikirkannya. "pakcik teksi"...

sepanjang aku berkhidmat di sini juga, hampir setiap hari pasti aku akan melihat kelibat dirinya melalui jalan utama tempatku bekerja. Allah.. aku merasakan perasaanku lain terhadapnya.

peliharalah imanku, ya Allah..

Comments

  1. assalamualaikum. boleh x saya nak nombor tel abg khairi tu. terima kasih. ni no tel saya 01123207826. PM saya ye. saya perlu khidmat prebet.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saya pun mahu num tel abang teksi tu sebab nak pergi kenduri kahwin di dewan masjid putra nilai . Saya dari ktm nilaiterima kasih. Saya perlukan sebelum 14 feb. 0133268043

    ReplyDelete
  3. Aslm..mohon izin send no abg teksi tu..sy perlukan apbila trun di ktm nilai bsk..no sy 0132002068..tq

    ReplyDelete
  4. Assalam. Boleh tak pm saya no.abg khairi tu? Sebab saya perlukan teksi buat masa ni. Terimakasih.

    ReplyDelete
  5. Assalam. Boleh tak pm saya no.abg khairi tu? Sebab saya perlukan teksi buat masa ni. Terimakasih.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..boleh bg saya no fon teksi tu.saya perlukan teksi untuk pergi dan balik.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..boleh bg saya no fon teksi tu.saya perlukan teksi untuk pergi dan balik.

    ReplyDelete

Post a Comment

saya menantikan ulasan yang mampu menggetarkan hati saya.
bukan hanya mampu membuatkan saya bangga.
saya nantikan itu !

Popular Posts