pERmata yang diCAri


Aku  mulai  mengenali  seorang  insan  bernama  lelaki  pada  beberapa  bulan  yang  lalu, hasil  pertemuan  kami  di  sebuah  program  pendidikan. Sesungguhnya  aku  seorang  insan  yang  amat  gemar  akan  pendedahan  baharu. Dek  kerana  itulah  aku  mulai  mengatur  strategi.

       Afdhal  Riyadh ! Melalui  dialah  pusat  eksperimenku  akan  bermula. Kedengaran  seperti  jahat  bukan? Oleh  itu, jangan  tiru  aksi  ini  di  rumah. ~~ Dia  merupakan  seorang  yang  comel  di  kaca  mataku, meskipun  orang  lain  menafikannya  kepadaku. Kelihatan  seperti  peramah, rupa-rupanya  amat  pemalu. Lebih-lebih  lagi  apabila  berhadapan  dengan  kaum  Hawa. Satu  lagi  tarikan  yang  ada  pada  dirinya  sehinggakan  aku  memilihnya  adalah  kerana  dia  amat  tegas  apabila  berbicarakan  hal  batasan  antara  ajnabi  mahupun  yang  bukan  ajnabi. Jelas  terpampang  di  wajahku  akan  kekagumanku  terhadapnya.

       ' Ya  Allah, Kau  titipkanlah  insan  sepertinya  kepadaku, yang  baik  pekertinya, yang  terjaga  hatinya, yang  terdidik  imannya. ' sempat  aku  mengirimkan  doa  kepada  yang  Satu.

       Lantaran  ingin  meneruskan  eksperimen ku  terhadapnya, aku  mula  bertanyakan  facebooknya  dari  seorang  teman  yang  rapat  dengannya. Aku  meminta  dengan  alasan  mempunyai  urusan  yang  penting  tuk  dibicarakan. Aku  tidak  menipu. Benar ! Ingin  melihat  tahap  keimanan  seseorang  itu  di  dalam  pergaulan  antara  lelaki  dan  perempuan  adalah  suatu  perkara  yang  sangat  penting  bagiku. Ingin  melihat  bagaimana  pergaulannya, tutur  katanya, kesopanannya, dan  kemiangannya. Itu  semua  penting  buatku. Anda  merasakan  tidak??

       Aku  berhasil ! Namun, ada  suatu  perasaan  kian  menjalar  di  segenap  salur  nafasku  selepas  itu. Perasaanku  bercampur-baur. Ya, aku  gembira  kerana  aku  sudah  jumpa  PERMATA  YANG  DICARI. Dalam  masa  yang  sama  juga, aku  bagaikan  tersentap  dengan  kata-kata  tegasnya. Sebenarnya  lebih  kepada  perasaan  malu. Sungguh  malu ! Semuanya  bermula  dari  sini......

..................................................................................................................................................................


       Pada  malam  itu, aku  membuka  akaun  facebook ku  seperti  biasa. Apabila  wall  utamaku  sudah  terpampang, mataku  merayap-rayap  di  sekitar  wall  itu. Sehinggalah  mataku  tertancap  pada  ruang  message. Afdhal  Riyadh ! Ya, memang  benar  dia.  Dia  membalas  pesananku.

       Afdhal  Riyadh : kalau  enti  nak  ajak  bersembang, ana  boleh  je  bersembang  dengan  enti.
                                Umm.. enti  nak  ke  Mesir?
       Ummu  Afiqah : Err... Mesir? Tidak  difikirkan  lagi.
       Afdhal  Riyadh : Bukan  apa, kalau  enti  memerlukan  contact  yang  available, ana  boleh
                                 bagi  pada  enti  bagi  memudahkan  proceed.

.................................................................................................................................................................

Nah, dia !! Aku  beranggapan  pasti  dia  akan  memulakan  serangan  seterusnya  selepas  ini. Bagiku, biasalah  lelaki. Awal-awal  bertanya. Lebih-lebih  lagi  bertanyakan  hal  pendidikan  lah, agamalah, dan  seumpamanya. Namun, sangkaanku  meleset. Dia  tidak  seperti  apa-apa  yang  ku  sangkakan.

...............................................................................................................................................................


       Ummu  Afiqah  :  Tak  apalah. Awak  cubalah  berurusan  dengan  banin  di  pusat  saya  itu. Mungkin
                                  mereka  lebih  berminat  berbanding  saya. Asifah.
      
Setelah  itu, dia  tidak  membalas  pesananku  lagi. Hatiku  mula  berwarawiri. Aku  tidak  berpuas  hati. Lantas  aku  cuba  tuk  bertanya  kepada dia  lagi, walau  ku  tahu  pertanyaanku  tidaklah  penting.

       Ummu  Afiqah  :  Err.. betulkah  awak  nak  ke  Morocco  bulan  12  ni?
       Afdhal  Riyadh  :  6  Disember... Kenapa?
       Ummu  Afiqah  :  Ooo... sudah  nak  pergilah  ni  ye? Sampai  sana  nanti  awak  teruskan  dalam
                                  bidang  apa? Atau  hanya  ingin  bertalaqi?
       Afdhal  Riyadh  :  Insya-Allah, ana  masuk  universiti  di  sana. Usuluddin. Kenapa  tanya  ni?
       Ummu  Afiqah  :  Umm.. tak  boleh  tanya  ke? Saya  cuma  nak  sahihkan  apa  yang  saya  dengar  je.
                                  Maaf.
       Afdhal  Riyadh  :  Boleh  tak  jangan  tanya  soalan-soalan  macam  ni  lagi? Ana  bukan  marah. Tapi
                                  jaga  hati. Sebab  kita  tidak  tahu  bila  dan  bagaimana  syaitan  nak  cucuk  kita.

**
Gulp ! Aku  tersentap. Malu, pedih, segan, dan  sedih. Kata-katanya  itulah  yang  ku  cari  daripada  seorang  lelaki. Bukan  tuk  dijadikan  teman  hidup, tetapi  sebagai  bukti  bahawa  masih  ada  lagi  lelaki  yang  boleh  dipercayai. Akhirnya, ku  temukan  PERMATA  YANG  DICARI. Bukan  semua  lelaki  bermata  keranjang. Bukan  juga  semua  lelaki  pantang  memandang  wanita, pasti  diratahnya. Tidak !
Rasulullah  meninggalkan  kita  dengan  al-Quran  dan  al-Sunnahnya. Justeru  mengapa  kita  masih  lagi  angkuh  tuk  tidak  menelaah  kitab-kitabnya?

       Ya, cinta  itu  fitrah. Namun, perasaan cinta yang Allah kurniakan di hati setiap manusia sering disalah gunakan. Hanyut dengan perasaan cinta yang membara, maruah diri menjadi gadaian. Didada-dada akhbar sering terpampang “Remaja perempuan lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki”, “Bayi yang baru dilahirkan ditemui di dalam tong sampah” dan macam-macam lagi berita yang tak elok. Mengapa semua ini berlaku sedangkan sudah ada garis panduan yang Allah tetapkan untuk manusia menjalani kehidupan dengan teratur di dunia ini?

      
       Aku  kagum  dengan  prinsip  yang  dipegang  oleh  Afdhal  Riyadh  itu  tadi. Jaga  hati. Apabila  hati  kita  tidak  dijaga, akan  hancur  leburlah  bahagian  anggota  kita  yang  lain.

       Ini beberapa hadis yang menceritakan dosa mata :

Nabi Bersabda “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak Adam mendapat bagian dari zina, tidak boleh tidak, zina kedua mata ialah memandang, zina lidah ialah perkataan, dan zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedang faraj (kemaluan) saja yang menentukan benar ataau tidaknya dia berbuat zina.” (Muattafaqun `Alaih)

       Salah  satu  cara  tuk  kita  mengawal  nafsu  kita  adalah  dengan  menundukkan  atau  memalingkan  pandangan. Seperti  yang  tercatat  di  dalam  hadis,

      
       Dari Jarir bin Abdillah berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah mengenai “pandangan yang tiba-tiba”, maka beliau bersabda :”Palingkan pandanganmu.”  ( H.R. Muslim dan Abu Daud, lafadz hadits Abu Daud)


       Imam  Ibnu  Jarir  at-Tabari  RA  menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata,  “Menundukkan suara ialah suara yang dibenci Allah yang diluahkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki.”

       Suka diterangkan disini, perbualan ini tidak terhad kepada telefon memandangkan dunia yang semakin canggih. Justeru voice chat, tele-conference, cellphones, facebook, twitter, skype  dan sebagainya termasuk dalam kategori yang sama.

Pesanan: jika  tiada hal yang benar-benar mustahak, tak perlulah berurusan dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah dan zina dari segenap aspek  seperti  yang  telah  aku  tunjukkan  di  atas  tadi.

       Jadi, usahlah  pening-peningkan  fikiran  memikirkan  hal-hal  yang  tidak  sepatutnya  pada  masa  ini. Di  sini, saya  ingin  berkongsi  beberapa  kalimah  cinta  yang  kekal  selamanya.

....................7  KALIMAH  CINTA  YANG  KEKAL  SELAMANYA...............

Sabda Rasulullah s.a.w :
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...
 
1. Bismillahhirrahmannirahim:  pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah:   pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirullah:   jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah:   jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 5. Lahaulawalaquatai llahbillah:   bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat
sesuatu yang buruk.
5. Lahaulawalaquatai llahbillah:  bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah:   jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Lailahaillallah:   bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...

** Selamat  beramal**
Jaga  hati  kita  selagi  mana  ada  peluang  tuk  bernafas. Sesungguhnya  hati  kita  hanya  tuk  Allah. Jika  kita  tidak  meletakkan  cinta  agung  kepadaNya, maka  hati  kita  telah  cacat. Usah  menjadi  seperti  watak  Ummu  Afiqah  di  atas  yang  mahu  melakukan  eksperimen  terhadap  lelaki  tanpa  berfikir  panjang. Sesungguhnya  Allah  menyukai  orang-orang  yang  berfikir. Jadilah  seperti  Afdhal  Riyadh  yang  mampu  menepis  dan  berani  menegur  dalam  mempertahankan  imannya  dari  terus  tergadai.

      Apa  yang  penting  pada  saat  ini  adalah  MENJADILAH  sebelum  MENCARI.  Berusaha  menjadi  yang  terbaik  di  sisi  Allah  agar  mudah  mencari  yang  terbaik  agamanya, keturunannya, kepandaiannya, dan  kekayaannya. Insya-Allah..

Comments

  1. seindah mawar berduri,
    jadilah kita seperti ini,
    meletakkan malu sebagai perisai diri,
    demi menjaga maruah dan agama tersendiri,
    jika lelaki pun rasa sebegini,
    kenapa tidak kita duhai wanita zaman kini?

    ReplyDelete
  2. kadang hati ingin meletakkan maruah dtempat t'tinggi,
    namun,
    nafsu yang melingkar sering membantuti..
    aku hanya insan biasa yang perlukan Kau perangsang diri,
    bantulah aku..
    andai diri sesungguhnya hina dan keji..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. ikutlah jejak langkah si lelaki itu..nice entry by the way..syukran~

    ReplyDelete
  6. syukran aidhan.. sesungguhnya segala ini datangnya dari Allah..
    asifah jika entry ini membuatkan sesiapa terasa..
    hanya sebagai pengajaran..

    ReplyDelete
  7. nak jaga hati, tapi yg ko menggatal sgt nak berfesbuk dgn org tu knape? kan dah kena.. jaga sikit maruah perempuan tu

    ReplyDelete
  8. ckp la kt org yg buat tu.. bukn kt sini !
    spe yg buat, dia lah yg trasa pedasnya..
    cerita orang, spe2 bole canang laa.. !

    ReplyDelete

Post a Comment

saya menantikan ulasan yang mampu menggetarkan hati saya.
bukan hanya mampu membuatkan saya bangga.
saya nantikan itu !

Popular Posts