#bossdihatiku


GALA DINNER BOSS #dihatiku

Assalamualaikum pembuka bicara,
Junjungan Nabi selawat dihiasi,
Sudah lama tidak bersua,
coretannya sudah terukir kini.

Alhamdulillah.. lama benar tidak disenamkan jari jemari ni di papan kekunci blog yang kelihatannya sudah usang dimamah waktu. Banyak cerita yang hendak dikongsi, sebenarnya.. tapi biarlah aku coretkan apa yang berlaku baru-baru ini sahaja, ya?

Gala Dinner BOSS.

First and last dinner yang kami betul-betul usahakan sepanjang usia empat tahun pengajian kami di universiti. Ia dilakukan pada Jumaat baru-baru ini, iaitu 5 Mei 2017 di Permai Inn Hotel, Kuala Terengganu. Event ini tidak lain dan tidak bukan bagi menyempurnakan tempoh pengenalan sepanjang empat tahun bersama-sama berkongsi lecturer yang sama, kelas yang sama, program yang sama dan macam-macam. Ia juga bagi meraikan kegigihan 114 orang mahasiswa dan mahasiswi di tahun akhir ini.

Tak sangka kita semua bakal melangkah ke dewan graduasi, kan?


LAWATAN KE MELAKA DI SEMESTER 3 - 2015
FIELDWORK KUALA TAHAN 2016



KEM BTN 2014



FIELDWORK L.A KE RIAU, INDONESIA 2017

Jika mahu dilampirkan semua gambar kenangan sepanjang empat tahun di sini, maka tidak cukuplah lampiran blog ini. Biar tiada di sini, asal kekal di hati 💕💕 Semoga tahun-tahun akan datang dapat memberikan nikmat yang berpanjangan buat rakan-rakan semua. Aamiin.

Comments

Popular Posts