FIKIRAN DALAM PENANGAN

Salam sejahtera.. salam muhibbah..
Alhamdulillah.. Hari ini saya dapat berhadapan dengan anda semula setelah lama tidak melakar nukilan di lembaran ini. Sekian lama saya mendiamkan diri, bukanlah kerana saya tiada isi atau input tuk dikongsi bersama-sama. Atau mungkin bagi anda, saya mulai kosong arah tuju atau mungkin kerna sudah mulai bosan dengan medium ini. Tidak ! Saya tidak pernah merasa bosan dengan istilah "dakwah".
Walau mungkin ramai yang mempertikaikan siapa diri saya. Saya sedar, diri saya dahulu, sedekad yang lalu atau pada usia yang lampau memang amat berlainan jika ingin dibandingkan dengan diri saya pada usia kini. **comel masih lagi kekal ye.. hee**. Namun, tekad saya masih serupa.
**CINTA**
Siapakah dalam kalangan kita masih lagi suci dari istilah " SUKA, SAYANG, MINAT, KAGUM mahupun CINTA "??
Perasan atau tidak, tatkala cinta mulai menyinggah di hati kita walaupun sebentar, jiwa kita bagai luntur.. Hati kita bagai mati. Allah, betapa sedihnya Allah tatkala melihat jiwa kita yang kian mati hanya kerana seorang manusia. Betapa pilunya Rasulullah, kekasih Allah melihat diri kita yang kian gugur kemanisan imannya. Allah..
**AIR MATA**
Jujur, dahulu saya seorang yang amat mudah tersentuh **means, menangis kerana Allah**, lebih-lebih lagi menangis tatkala saya bersujud di sejadah bagi menghadap Ilahi.. Menangis dalam mengagungkan cinta saya kepada Allah semata-mata. Namun sekarang saya berbeza. Saya masih lagi mudah menangis ketika menghadap Ilahi. Tapi tangisan saya itu lebih kepada menyesali akan kekhilafan diri. **bukanlah bermakna dahulu saya tidak pernah melakukan kesalahan**. Tapi, tangisan kali ini sangat, dan sangat2 berbeza.
Saya sedih... Siapa yang boleh meredakan kesedihan saya ini?? Dahulu, inilah soalan yang amat-amat popular dalam diri saya. Siapa? Bagaimana? Bila? **bahasa pasarnya, "macam mana ni?"**
Kini, ku sudah temui jalan penyelesaiannya.
" Cuba menghentam diri dalam mencari motivasi diri amat membantu. "
" Niat, hala tuju sebenar kita tatkala menghadap Ilahi pada waktu pagi benar-benar kerana-Nya atau si dia atau mungkin kerana perkara lain tuk kita?"
Saya cuba tuk berfikir kembali. Apakah arah saya yang sebenarnya selama ini?
........................................................FIKIR, FIKIR, FIKIR..................................................
Suka saya mengajak diri ntum semua tuk berfikir. Berfikirlah selagi kita punya daya. Kerna daya ini kita tidak mampu tuk menahannya. Bila dia ada, manfaatkanlah.. Bila dia sudah hilang upaya, syukurilah.
Dahulu, saya seorang yang amat-amat malas tuk menggunakan kudrat pemikiran yang saya miliki. Tidak usahlah bertanya dari aspek apa. Kerna sememangnya saya akan malas berfikir dari segenap aspek.
- Pendidikan?
- Pekerjaan?
- Permainan?
- Sebagainya...
Terukkan?? Tapi itu bukanlah titik penamat untuk saya mengecapi kejayaan dan kebahagiaan pada saat ini. Kerna apa? Kerna saya telah dibukakan minda semula oleh insan-insan yang menyayangi saya.
Pernah seorang sahabat saya bertanya pada saya soal CINTA.
" Orang perempuan ni kalau sudah suka or sayang, dia memang tunggu betul-betul eh? Sampai nikah? "
** Inilah masalah utama seorang lelaki. Sering mempertikaikan kesetiaan seorang wanita. Mungkin sudah terpengaruh dengan drama-drama Indonesia yang memaparkan kecurangan pihak wanita terhadap si jejaka. errrr...
Jawapannya, mudah ! FIKIR !!
Mengapa Allah campakkan di dalam diri seorang wanita dengan 9 nafsu? Dan si lelaki hanya satu nafsu?
Nafsu yang dimiliki oleh wanita amatlah special..
Pernah seorang sahabat saya bertanya pada saya soal CINTA.
" Orang perempuan ni kalau sudah suka or sayang, dia memang tunggu betul-betul eh? Sampai nikah? "
** Inilah masalah utama seorang lelaki. Sering mempertikaikan kesetiaan seorang wanita. Mungkin sudah terpengaruh dengan drama-drama Indonesia yang memaparkan kecurangan pihak wanita terhadap si jejaka. errrr...
Jawapannya, mudah ! FIKIR !!
Mengapa Allah campakkan di dalam diri seorang wanita dengan 9 nafsu? Dan si lelaki hanya satu nafsu?
Nafsu yang dimiliki oleh wanita amatlah special..
- nafsu belajar
- nafsu makan, minum
- nafsu beriadhah
- nafsu berchatting
- nafsu mandi
- and nafsu bla, bla, bla..
**bersambung....>>>**
fikirlah kerana kita manusia dicipta untuk berfikir..
ReplyDeletebetul.. fikir bukn sekadar tuk menghentam diri..
ReplyDeletenamun tuk menginsafi diri..
cubalah belajar sesuatu y hakiki..
bukn skadar fantasi..