FIKIRAN DALAM PENANGAN






Salam sejahtera.. salam muhibbah..

Alhamdulillah.. Hari ini saya dapat berhadapan dengan anda semula setelah lama tidak melakar nukilan di lembaran ini. Sekian lama saya mendiamkan diri, bukanlah kerana saya tiada isi atau input tuk dikongsi bersama-sama. Atau mungkin bagi anda, saya mulai kosong arah tuju atau mungkin kerna sudah mulai bosan dengan medium ini. Tidak ! Saya tidak pernah merasa bosan dengan istilah "dakwah".

       Walau mungkin ramai yang mempertikaikan siapa diri saya. Saya sedar, diri saya dahulu, sedekad yang lalu atau pada usia yang lampau memang amat berlainan jika ingin dibandingkan dengan diri saya pada usia kini. **comel masih lagi kekal ye.. hee**. Namun, tekad saya masih serupa.



**CINTA**


         Siapakah dalam kalangan kita masih lagi suci dari istilah " SUKA, SAYANG, MINAT, KAGUM mahupun CINTA "??

          Perasan atau tidak, tatkala cinta mulai menyinggah di hati kita walaupun sebentar, jiwa kita bagai luntur.. Hati kita bagai mati. Allah, betapa sedihnya Allah tatkala melihat jiwa kita yang kian mati hanya kerana seorang manusia. Betapa pilunya Rasulullah, kekasih Allah melihat diri kita yang kian gugur kemanisan imannya. Allah..


**AIR MATA**


            Jujur, dahulu saya seorang yang amat mudah tersentuh **means, menangis kerana Allah**, lebih-lebih lagi menangis tatkala saya bersujud di sejadah bagi menghadap Ilahi.. Menangis dalam mengagungkan cinta saya kepada Allah semata-mata. Namun sekarang saya berbeza. Saya masih lagi mudah menangis ketika menghadap Ilahi. Tapi tangisan saya itu lebih kepada menyesali akan kekhilafan diri. **bukanlah bermakna dahulu saya tidak pernah melakukan kesalahan**. Tapi, tangisan  kali  ini  sangat, dan  sangat2  berbeza.

        Saya  sedih... Siapa  yang  boleh  meredakan  kesedihan  saya  ini?? Dahulu, inilah  soalan  yang  amat-amat  popular  dalam  diri  saya. Siapa? Bagaimana? Bila? **bahasa pasarnya, "macam mana ni?"**

        Kini, ku sudah  temui  jalan  penyelesaiannya.


" Cuba  menghentam diri  dalam  mencari  motivasi  diri  amat  membantu. "


" Niat, hala tuju sebenar kita tatkala menghadap Ilahi pada waktu pagi benar-benar kerana-Nya atau si dia atau mungkin kerana perkara lain tuk kita?"

   
Saya  cuba  tuk  berfikir  kembali. Apakah  arah  saya  yang  sebenarnya  selama  ini?

........................................................FIKIR, FIKIR, FIKIR..................................................

Suka  saya  mengajak  diri  ntum semua  tuk  berfikir. Berfikirlah  selagi  kita  punya  daya. Kerna  daya  ini  kita  tidak  mampu  tuk  menahannya. Bila  dia  ada, manfaatkanlah.. Bila  dia  sudah  hilang  upaya, syukurilah.

    Dahulu, saya  seorang  yang  amat-amat  malas  tuk  menggunakan  kudrat  pemikiran  yang  saya  miliki. Tidak  usahlah  bertanya  dari  aspek  apa. Kerna  sememangnya  saya  akan  malas  berfikir  dari  segenap  aspek.

  • Pendidikan?
  • Pekerjaan?
  • Permainan?
  • Sebagainya...
Terukkan?? Tapi  itu  bukanlah  titik  penamat  untuk  saya  mengecapi  kejayaan  dan  kebahagiaan  pada  saat  ini. Kerna  apa? Kerna  saya  telah  dibukakan  minda  semula  oleh  insan-insan  yang  menyayangi  saya. 

   Pernah  seorang  sahabat  saya  bertanya  pada  saya  soal  CINTA. 
" Orang  perempuan  ni  kalau  sudah  suka  or  sayang, dia  memang  tunggu  betul-betul  eh? Sampai  nikah? "

** Inilah  masalah  utama  seorang  lelaki. Sering  mempertikaikan  kesetiaan  seorang  wanita. Mungkin  sudah  terpengaruh  dengan  drama-drama  Indonesia  yang  memaparkan  kecurangan  pihak  wanita  terhadap  si  jejaka. errrr...

Jawapannya, mudah ! FIKIR !!

Mengapa  Allah  campakkan  di  dalam  diri  seorang  wanita  dengan  9  nafsu? Dan  si  lelaki  hanya  satu  nafsu?
Nafsu  yang  dimiliki  oleh  wanita  amatlah  special.. 
  • nafsu belajar
  • nafsu makan, minum
  • nafsu beriadhah
  • nafsu berchatting
  • nafsu mandi
  • and nafsu bla, bla, bla.. 
Nafsu  ini  banyak  cakupannya. Bukanlah  maksud  saya  untuk  menyokong  pihak  wanita  semata-mata. Tapi, cubalah  berfikir. Disini, saya lebih ingin memberi pendekatan pada skop " nafsu berfikir " yang dimiliki oleh wanita. Apa-apapun, belajarlah untuk berfikir. Kerna kita akan temui kemanisannya tatkala kita sudah menghampirkan diri dengan pemikiran yang sebenar-benarnya. 
**bersambung....>>>**

 

Comments

  1. fikirlah kerana kita manusia dicipta untuk berfikir..

    ReplyDelete
  2. betul.. fikir bukn sekadar tuk menghentam diri..
    namun tuk menginsafi diri..
    cubalah belajar sesuatu y hakiki..
    bukn skadar fantasi..

    ReplyDelete

Post a Comment

saya menantikan ulasan yang mampu menggetarkan hati saya.
bukan hanya mampu membuatkan saya bangga.
saya nantikan itu !

Popular Posts