Allah.. setiakah aku??
sambungan " FIKIRAN DALAM PENANGAN " >>>
Mulai detik itu, aku mulai menyimpan azam tuk memilikinya. Dan saban malam air mataku berlinangan di sejadah kehambaan dek takutnya hati ini jika jodohku tidak mengena padanya. Aku tahu ianya salah, dek kerana kesedaran itulah hatiku masih lagi redha jika hati kami tidak bersua nanti.
...............................................................................................................................
** Apa yang cuba saya katakan di sini adalah, bagaimana kita ingin menilai tahap kesetiaan seorang wanita adalah bila mana dirinya menyayangi, namun dalam pada waktu yang sama, dia hanya berdiam diri bagi meredhai segala ketentuan yang bakal dia perolehi. **
Jika dia sudah beria-ia menyatakan cintanya pada saat ini, maka cintanya bukanlah cinta yang sejati mahupun memiliki tahap kesetiaan yang benar-benar tinggi.
Berpatutan dengan satu hadith yang saya peroleh berdasarkan novel SEHARUM MAWAR BERDURI, hasil karya Fatimah Syarha.
" Jika kau sedang jatuh cinta, namun kau hanya merahsiakannya, dan tatkala itu kau meninggal dunia, maka matimu itu adalah syahid di sisi Allah. "
Oleh itu, fikirkanlah tahap kesetiaan cinta kita. Jika kita ingin setia pada manusia, maka setialah dahulu pada Khaliq kita. Wallahu a'lam.
SEINDAH FARATUL AISYA
Bagaimanakah tahap kesetiaan seorang wanita terhadap seorang lelaki??
** NOTA HATI, WANITA SEJATI **
Aku lahir bukan tuk dicaci semata-mata. Dahulu, aku hanya si dara yang tidak punya apa-apa. Kadangkala dicerca, kadangkala dihina. Begitulah aku. Walau aku punyai seorang kakak, yang kiranya bisa melindungiku. Namun segalanya hanya pilu yang bisa ku raih padu. Sedih bukan?
Jika di kelas, akulah insan yang sering menarik perhatian. Bukan kerna kepandaian. Bukan jua kerna kecantikan. Tapi, kerna kebodohan. Sedia maklum, aku tidak pernah menerima pengajian di kelas khusus pada zaman kanak-kanakku seperti tadika, pasti, mahupun tabika. Tahu-tahu sahaja, aku sudah menempatkan diriku di tahun satu di sekolah yang berhampiran.
Bermula kehidupanku pada tahun tiga, aku mulai dikenali dek kemahiran dan bakat yang ku ada. Aku sering bersaing dengan kakakku di dalam mana-mana acara yang dianjurkan sekolah. Ketika itu, kakakku berada di tahun lima. Aku mulai berasa masa depanku bakal bersinar. Hanya Allah yang mengetahui betapa gembiranya hatiku pada saat itu. Allah...
Hidupku terus berlalu. Sehinggalah usiaku sudah menginjak remaja. Aku sudah berada di tingkatan tiga pada saat itu. Aku mulai mengenal apa itu cinta.
Jika difikir-fikirkan kembali, mengapalah aku bisa mengetahuinya. Tergamaknya aku memikirkannya. Namun, bakat yang ku ada masih tidak terbengkalai begitu sahaja. Sejak di tingkatan satu lagi, aku sudah bergiat aktif dalam acara nasyid dan menjadi vokalis utamanya. Bakat yang ku ada tidak pernah ku persia-siakan.
Akhirnya, ketika aku sudah berada di tingkatan empat, aku membuat keputusan untuk meninggalkan acara nasyid yang selama ini ku pertahankan. Kerna, aku mulai jatuh cinta pada acara perdebatan di dalam skop Bahasa Melayu yang mulai ku masuki pada tingkatan tiga lagi. Aku berasa puas tatkala berhadapan dengan pihak lawanku. Lebih-lebih lagi aku memikul amanah sebagai pendebat ketiga di sekolahku, iaitu membidas segala apa-apa hujah yang diberikan pihak lawan. Aku gemarinya.
Namun tatkala aku menginjak usia 18 tahun, aku mulai tersisih kembali. Aku tidak memasuki apa-apa acara sekalipun di sekolah tempatku belajar. Aku kesunyian. Sungguh kesunyian !
Rutin harian ku kian berubah ketika mana saat itu tiba. Aku mulai mengenali seorang jejaka yang telah datang sebentar di sekolahku pada waktu itu. Perkara pertama yang aku mulai tertarik padanya adalah rasa agung cintanya kepada Allah. Sungguh, cintanya hanya tuk Allah. Aku terpana tatkala bibirnya laju mengungkapkan hadith Rasulullah di suatu majlis ilmu di sekolahku.
عينان لا تمسهما النار عين بكت من خشية الله وعين باتتتحرس في سبيل اللهMafhum: dua (jenis) mata yang tidak disentuh api, mata yang menangis kerana takut akan Allah dan mata pengawal yang ditugaskan berjaga malam di medan perang (atau sebaik-baiknya rujuk semula hadith nabi yang sebenar).
Mulai detik itu, aku mulai menyimpan azam tuk memilikinya. Dan saban malam air mataku berlinangan di sejadah kehambaan dek takutnya hati ini jika jodohku tidak mengena padanya. Aku tahu ianya salah, dek kerana kesedaran itulah hatiku masih lagi redha jika hati kami tidak bersua nanti.
...............................................................................................................................
** Apa yang cuba saya katakan di sini adalah, bagaimana kita ingin menilai tahap kesetiaan seorang wanita adalah bila mana dirinya menyayangi, namun dalam pada waktu yang sama, dia hanya berdiam diri bagi meredhai segala ketentuan yang bakal dia perolehi. **
Jika dia sudah beria-ia menyatakan cintanya pada saat ini, maka cintanya bukanlah cinta yang sejati mahupun memiliki tahap kesetiaan yang benar-benar tinggi.
Berpatutan dengan satu hadith yang saya peroleh berdasarkan novel SEHARUM MAWAR BERDURI, hasil karya Fatimah Syarha.
" Jika kau sedang jatuh cinta, namun kau hanya merahsiakannya, dan tatkala itu kau meninggal dunia, maka matimu itu adalah syahid di sisi Allah. "
Oleh itu, fikirkanlah tahap kesetiaan cinta kita. Jika kita ingin setia pada manusia, maka setialah dahulu pada Khaliq kita. Wallahu a'lam.
SEINDAH FARATUL AISYA
Assalamualaikum.....TERBAIK LAH.......
ReplyDeleteSungguh Allah mengetahui segala yang tersirat di hati kita,dan Allah jua yang menggerakkan hati kita dan hati "permata yang dicari...,berdoalah dengan hati yang tulus ke hadrat Illahi ....ikhlaskan setiap apa yang kita lakukan....
Jika kau berasa sunyi dan pilu,ingatlah,bahawa ade lagi orang yang sedang menderita dari diri kita....
Allah Di hati kita ......
waaa~ aku rinduu kaww~! >_<