UJInsan?


Ya, aku sedar.

Hidupku selama ini penuh merunsingkan. Penuh menjadi kebimbangan bagi semua orang. Apa yang jelas dari anak mataku hanyalah kepuasan tuk diri sendiri. Sehingga pernah suatu masa dulu, ketika alam persekolahanku tamat, baru sahaja ingin menginjak ke alam universiti, zaman mudaku teruji. Segala kelebihan yang pernah aku miliki seolah-olah telah dirampas dek kurang keyakinan diri setelah peristiwa itu terjadi.

Jika disoal pada semua orang yang kau temui, siapa yang mahu terjadi seperti itu? Siapa yang mahu segala memori zaman mudanya tercalit dengan najis? Hatta tersimbah sedikit minyak panas pun seboleh-bolehnya kita mahu elakkan.

"Tidak beriman seseorang itu selagimana dirinya tidak diuji"

Aku berpegang pada kata-kata yang pernah dilafaz oleh seorang Muallimah ku di sekolahku dahulu. Tapi adakalanya, tika sedang seronok diulit dengan kebahagiaan, bersama-sama rakan, bergelak ketawa dengan dunia baru, cuba melupakan silam yang pernah terjadi, tika itulah hati kita akan terusik juga dengan pedihnya silam lampau. Seolah-olah tidak mengizinkanku walau sesaat untuk peroleh bahagia.

Wanita, hakikatnya bukan sekadar berpakaian sopan, bertutur manis, bertudung menutupi dada, menjaga segala aurat yang dibatasi-Nya. Akan tetapi wanita ini besar peranannya. Dalam dan luar perlu terjaga rapi serapi-rapinya. Agar nanti, maruah diri tidak tergadai sewenang-wenangnya. 

Ini yang aku namakan UJInsan, yakni UJI + INSAN = UJInsan. Hidup manusia tidak akan pernah terlepas dari sejenis perkara yang namanya ujian. Baik dari manusia, jin atau perkara lain. Minal Jinnati Wannas.

*Sudah lama aku tidak berceloteh di sini, bukan? Kini aku kembali. Entah sehingga bila, aku pun tidak pasti. Doakan aku sentiasa tenang dan aman dari makhluk yang tidak beriman. In shaa Allah*

Comments

Popular Posts