jiwa yang meretak!

ku kira bintang persada,
ku dongak langit yang cerah,
ku intai laut berkerlip antara frasa,
ku raih rasa yang indah..

segenap rasa itu,
jujur bertamu..
meski ku rapuh pada nafas itu,
akan ku garap cinta nan Satu..

Allah..
betapa kejamnya diriku,
tika mereka berhempas pulas menghunus senjata jihad-Mu,
namun aku?
terus memikir impian dunia-Mu..

Allah..
betapa zalimnya diriku,
tika mereka hampir mengorak langkah ke syurga,
namun aku?
terus dan terus di kelompok alpa dan leka!

tika tinta ini menjamah di skrin usang ini,
aku bagaikan baru terhentak,
dek kepingan dunia yang meretak,
lantas menjamah jiwa yang sentak..

sekian lama aku mendiamkan atma,
ingin berjihad di laman ini,
namun tiada apa-apa yang ku rasainya,
malahan jiwaku kosong sahaja..

semoga ukiran tinta ini mampu menggetarkan si pembaca,
walau pertama-tamanya tidak rela,
harapnya tersedar setelah membacanya,
lantas berjihad bersama-sama di medan yang sama..

ayuh pejuang!
kita rafakkan bersama-sama,
dalam capaian cinta Ilah,
ikhlaskan tuk mardhatillah..

~capailah NURUDDIN~

Comments

Popular Posts