tika diri..


tika diri diselubungi persoalan oleh adik2 yang mencari jawapan.


sepi bukan bermakna aku berlari..
diam bukan bermakna aku semakin menyuram..

persepsi hidup ini membuatkan aku semakin terfikir.. terjeda dalam merentas rasa.

"Apakah yang ku cari selama ini? Dean List? nor Deen List? "

selama beberapa bulan ini aku sepikan diri dari laman ini. Kusut yang ku labuhkan, masalah yang entah sampai kapan harus ku lalui jika difikirkan, memang tiada penyelesaian lagi. Aku sakit ! ye, aku sakit.. tiada siapa yang tahu bukan? aku sedih ! ye, aku sedih.. tiada siapa lagi yang tahu bukan? 

saat doktor itu menyatakan sakitku itu, aku hanya mampu terpana.. berlarian aku memasuki kamarku.. menangis ! aku sakit? berulangkali soalan itu aku tujukan pada diriku. terasa perit dihujungnya setiapkali aku bertanya akan diri. 

saat cubaan hadir saat aku sedang berprogram, aku hanya mampu terkesima.. menyelinap segera aku ke pelukan sahabatku.. menangis lagi ! aku sedih? ye, siapa yang tidak sedih tika diri ditimpa bencana? 

saat aku diuji sekali lagi pada keputusan peperiksaanku di universiti, sekali lagi aku terpana.. menangis yang tak sudah.. namun mampu tersenyum tika dihadapan sahabat dengan berharap diri akan menjadi kuat.. 


aku sering diuji.. 

aku sering disakiti.. 

mengapa? simple answer can i give.. Allah love me.. He knows better.. 

segalanya hanya pada hati.. jika hati ini bersih, maka bersihlah penerimaanku ini.. 

so.. just keep smile dear.. Allah is always beside u.. in shaa Allah, itu yang pasti ! ^^ 
 

Comments

  1. teruskan fara...

    keep it up...lawati dan follow blog saya

    http://dakwatbiruhitam.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

saya menantikan ulasan yang mampu menggetarkan hati saya.
bukan hanya mampu membuatkan saya bangga.
saya nantikan itu !

Popular Posts