kali ini

suatu masa,
yang lama itu akan kembali. 
mengisi kembali masa-masa yang lompong.

dan..
adakala, 
yang lama itu bakal disakiti,
malah jiwa terasa tersakiti.

namun..
terketuk hati,
mengapa masih menyapanya?
masih lagi mahu mencuba..
seakan-akan ruang sempit itu bakal diluaskan kembali
tanpa karat dan luka. 

Tuhan.

Dia masih tahu
yang sesungguhnya engkau tidak tahu.

hadapilah.
moga-moga sapaan kali kedua itu tidak lagi berdarah. 

Comments

Popular Posts