Detik PRK FSSG

8 Disember 2014

Kaki pantas membawa deru kereta ke satu rumah. Kak Saadah. 

tik!

Pintu kereta dihempas perlahan. Tidak mahu mengganggu ketenteraman jiran sekeliling, memandangkan penempatan di situ agak rapat jarak-jaraknya. 

'Assalamu'alaikum'

Lembut suaraku menyapa isi rumah. Kedengaran pintu rumah si pemilik dikuak dari dalam. Tercengul si gadis molek, sedikit berisi, wajah ala-ala sawo matang di hadapan pintu. 

"Haa.. fara, nah!"

Dua keping kertas diklip satu bertukar tangan. Aku memandang sepi kertas tersebut. Pen dikeluarkan dari sisi jubah yang dipakai olehku. Kertas yang pada awalnya kosong, kini sudah mula diconteng dakwat hitam. Selesai. Kertas kembali diserahkan. 

"Terima kasih ye kak." 

Senyuman tidak lepas dari bibirku, begitu juga dia, si kakak manis. 

9 Disember 2014

Ku buka 'wall' laman sosialku. 'facebook'. Berderetan post-post yang menarik mataku tuk membacanya. Semuanya mula mempromosikan bakat dan kredibiliti tersendiri melalui laman milik masing-masing. Bibir tersenyum. Namun dihati ini, hanya Allah yang tahu betapa terasa kerdilnya hamba ini jika mahu dibandingkan dengan insan lain yang turut bertanding. 
Aku berterusan mendiamkan diri. 

Pasrah? Mungkin.. 

15 Disember 2014

Hari yang dinanti telah pun tiba. Pada hari ini, seluruhnya akan membuat pilihannya tersendiri. Sama ada aku, dia, dia, dia, atau dia. Perasaan lama tetap jua menyinggah. Pasrah dan kerdil.
Moga-moga apa-apa yang aku tanamkan dalam hati ini bakal tertunai.

Berimaginasi?

Sekurang-kurangnya aku berani meredah laut fantasi, daripada bertapak di kawah realiti, namun, sekadar berapi-api.

16 Disember 2014

10:32PM
Jawapannya sudah terjawab. Aku kalah.

Ya, kalah. Kalah di tangan manusia sendiri. Kalah di atas pilihan manusia sendiri.

Kecewa? Mungkin.. namun, aku cuba meredhai. Cuba.. Sebagaimana aku cuba pasrah di awal penglibatan, begitu jugalah aku perlu redha di atas setiap keputusan. Itu namanya insan yang berjaya.

Berjaya dalam mengawal emosi manusiawi.

Tahniah pada diri.

throwback.......

Tika mengisi borang di tangan Kak Saadah kelmarin, aku sudah mula bertekad pada diri utk merealisasikan angan-anganku. Demi FSSG, Fakulti Sains Sosial Gunaan. Aku mahu mendirikan usrah fakulti. Selalunya, kita hanya dapat melihat atau terbabit dengan usrah di persatuan-persatuan sahaja, yang akhirnya kebanyakkan pelajar berdekatan kita di fakulti mahupun kelas masih ramai yang tidak tahu atau tercicir dalam menghadirkan diri dalam usrah. Masih ramai yang menzalimi diri dengan tidak memberi makanan pada hati. Hanya terlalu menyibukkan diri pada research dan assignment yang akhirnya mengancam iman dan jasad. 

Sebab itu.. aku mahukan fakulti kita punyai usrah tersendiri. Di dalam itu, kita boleh menyelitkan talaqqi Quran, menghadam tafsir Quran & Hadith, kajian isu-isu semasa yang amat diperlukan mahasiswa/wi FSSG itu sendiri, pembudayaan bacaan buku;melalui buku jalanan, bibliophilia & sukphilia, dan bermacam-macam lagi. 

Pelaksanaannya bagaimana? 

Kita wujudkan AJK2 di setiap semester bagi proses kelicinan usrah. Pihak exco akan memantau. Sebulan sekali, kita wujudkan pula usrah gabungan, di mana semua semester akan bergabung dalam satu usrah yang sama. Allahu, indahnya jika terlaksana. 

Motif?

Kita terlalu memfokuskan program yang berbentuk setahun sekali atau program yang terlalu besar. Sehinggakan kita terlupa dengan aktiviti kecil yang aku kira, ianya amat penting buat jiwa-jiwa kita. Mudah kata, program yang berterusan. Berkekalan. Yang bukan setakat sekali itu sahaja. 

Untuk pengisian sekali sekala, mungkin utk pembaharuan di dalam usrah itu, atau dibuat wacana pemikiran pula, apalah salahnya kita bekerjasama atau menjemput aktivis daripada NGO-NGO di Malaysia; PKPIM, ABIM, WADAH, YADIM, IKRAM dan sebagainya. Saya kira, harganya lebih murah berbanding ustaz/zah selebriti, boleh jadi juga tiada bayaran dikenakan. Dan intelektual serta pengalaman mereka juga tidak disangkal lagi kehebatannya. 

Terlalu banyak sebenarnya idea yang mahu di bawa, namun USRAH FAKULTI inilah salah satu gagasan terbesar yang mahu saya bawa. Rezeki saya tiada pada PilihanRaya Fakulti kali ini. Tidak mengapa.. saya masih lagi tidak mampu memaut hati-hati mahasiswa untuk kepimpinan yang saya miliki. Apa yang utama, hati Dia yang mahu saya menangi.

Wallahua'lam. 

Comments

Popular Posts