Angau.

Orang kata, cinta itu buta. 

Ya, aku setuju. Kamu tidak setuju? Persetankan.. huhu

"Lebih menghargai bila ia pergi"

Aku merasakan itu. Jika dulu, akulah orang yang paling mahu menang. Orang yang paling mahu dilihat betul. Paling mahu dikatakan gah. Walau mulut menyatakan 'tidak' pada semua kenyataan itu, hakikatnya semuanya ialah 'ya'. 

Hmm.. bagaimana harus ku mulakan bicara ya?

Dunia aku banyak dibeloki dengan liku-liku cinta. Aku sendiri tidak tahu sebab musababnya. Mengapa? 

Fedz Hifdzir. 

Dia comel. Berjaya membuatkan ku tertawa, walau sekecil-kecil jenaka. Bak kata orang, tersepak batu dijalanan pun boleh dianggap jenaka jika si dia yang lakukan. Sungguh angau!

Dia sabar. Yes, sungguh sabar. Kau tahu, bukan mudah untuk melayani sikap baranku, cerewetku, masalah-masalah aku. Sukar ingin temui seseorang yang benar-benar mampu tahan dengan karenahku. Tapi dia.. dia berjaya lepasi semua fasa kehidupanku. 

Cuma, satu ketika.. semua itu perlu diajar. Perlu diubah. Demi insan yang kita sayangi. Dan aku diubah oleh dia. Bukan perubahan yang ku lakukan seorang diri. Betul, aku tidak mampu. 

Sakit.

Pedih.

Saat awal-awal perubahanku. 

Saat awal-awal dia lakukan renjatan elektrik negatif kepadaku, demi sebuah perilaku yang positif. 

Argh, dek itu, aku mulai keliru. 

Kau sayang aku, kan? 

Aku tahu, sebab sayang, kau berbuat begitu. 

Ah, aku mulai angau kepada dia lagi. Oh, Tuhan, peliharalah perasaan kami ini. 

Comments

Popular Posts