perlukah bersua cinta?

Salamun a'laik, ukhti2, akhi2...

Alhamdulillah, saya masih dihidupkan dalam keadaan yang sihat sejahtera untuk meneruskan dakwah yang mungkin hanya sebesar hama sahaja.

Pada minggu yang lalu, sedang saya berada di musolla asrama, saya tersentak tatkala terbaca ayat Al-quran dimana katanya, " celakalah sesiapa yang menyampaikan ilmu, sedangkan dia tidak mengamalkan apa-apa yang disampaikannya itu "

Bagaimana? Terasa atau tidak? Terpana ataupun tidak? Saya sedih... takut... seandainya selama ini saya banyak memberikan tazkirah mahupun peringatan kepda insan-insan yang memerlukan. Tapi hakikatnya, diri saya masih seperti dulu, masih tidak dapat menepati kehendak insan disekeliling saya. Malu? Saya malu...

Izinkan saya tuk mengambil sedikit kata-kata pendirian Fatimah Syarha, '' MENJADILAH SEBELUM MENCARI "
Anda faham atau tidak?

Saya tahu tatkala umur kita sudah menjangkau ke angka yang lebih banyak, pasti topik-topik munakahat, al-baah menyesak fikiran anda semua. Betul ataupun tidak? Saya sedar akan perkara itu. Hal ini kerana saya juga mengalami perkara yang sama pada saat ini.

Pernah tak anda terjerumus dalam situasi ini?

" Awak, saya sayangkan awak... Sungguh, demi Allah... Tapi, jika benar penghujung kita adalah ikatan perkahwinan dan syurga, saya akan tunggu awak.. kita tak payah mesej ye?? "

Anda setuju atau tidak dengan tindakan dia ni? Tapi, jika sebaliknya, macam mana pula?

" Awak, kita bercinta nak tak? ", ujar Boy ( bukan nama sebenar )
" Kita kan tak pernah jumpa lagi.. setakat mesej je.., " balas Tina (bukan nama sebenar)
" Ala.. kita jumpa nak tak? ,"

Nahh, diaa!! Jumpa pula? Bila sudah jumpa, apa akan terjadi pula? Hmm.. percayalah, bila kita sudah terjerumus dalam perkara dating-mendating ini, liking-menliking ini, episod cinta dan zina itu takkan pernah berakhir selepas itu. Mungkin tidak bersua, tapi hati kita bagaimana pula?

Adik2... Rakan2... Kakak2... Mahupun abang2...
Belajarlah berpuasa nafsu mulai dari detik ini. Hanya insan yang berpuasa sahaja akan lebih merasai nikmat berbuka itu. Anda faham kan?>>

Di sini saya ingin berkongsi kisah mengenai gadis yang cuba dan cuba tuk menjaga hatinya walaupun godaan itu sentiasa ada.

****
Bermula dari hari Jumaat yang lalu, aku sudah melalui suatu rasa yang sukar ditafsirkan. Aku menjalani program BADAR dan SUMUR sepanjang cuti ini. Pada mulanya, memang aku berasa teruja. Tapi, disebabkan program dan kerjasama ahli-ahli program yang tidak memberangsangkan, aku mula berasa bosan, bosan, bosan ! Ahhh...

Tapi, jeng.. jeng.. ! Persepsiku kian berubah. Bermula dari hari Sabtunya pula, aku mulai mencari seseorang. Dia adalah fasilitator lelaki di dalam kumpulan ku. Aku pula adalah 'partner' dia, hee... iaitu fasilitator perempuan di situ. Mungkin kerana jarak usia kami adalah jauh, aku cuba berkali-kali tuk menafikan perasaan aku ini. Jika usianya yang lebih tua, mungkin akan aku pertimbangkan. Namun, apa yang malangnya adalah usiaku lebih jauh darinya. 18 tahun dengan 15 tahun. Ahhh... huu

Pada malam itu, daripada bosan, kini sudah bertukar kepada rindu dan cinta. Bukan kerana program itu. Tapi kerana dia! =)
Aku sempat bersembang lama dengan dia. Sangat menggembirakan! Dari situ aku sempat mengetahui latar belakang dirinya sedikit demi sedikit.

Namun, apa yang menyedihkan aku adalah pada hari ini aku dan dia telah diasingkan daripada tugasan kami. Dia di checkpoint 1, manakala aku di checkpoint 6. Ini bermakna kami tidak akan berjumpa lagi selepas ini. Hal ini kerana, itu adalah aktiviti terakhir kami untuk kem itu. Walaupun berada di asrama bersama-sama, namun kerana kepadatan waktu tidak mengizinkan kami tuk bersua. Sedih? Aku sedih... Aku rindu... Aku bagaikan tercari-cari dirinya. Adakah dia juga begitu? Ya Allah, pertemukanlah kami lagi, ya Allah...

----
 Seperti biasa, aku menjalani kehidupan di asrama dengan kepadatan jadual kelas dan rutin-rutin di hostel. Walaupun aku boleh dikatakan "busy", namun dirinya tetap juga sempat menyinggah di hatiku. Dan kadang-kala hati kecilku menyebut-nyebut namanya tanpa ku pinta. Pagi itu aku hanya bisa mengintai dirinya dari jauh sahaja. Maklumlah, bak kata P.Ramlee, " tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung rumah pun jadi lah." Dan akhirnya, doaku telah dimakbulkan Allah tuk bertemu dengannya sekali lagi. Kira-kira pukul 5.05 petang, selepas solat Asar berjemaah di surau, dalam perjalanan pulang ke hostel, aku telah terlihat kelibat dirinya dari jauh. Oleh hal yang demikian, satu-satunya cara tuk aku menampakkan wajahku di hadapannya adalah dengan pergi ke kelasku yang memerlukan aku melalui jalan di hadapan asrama lelaki, yakni jalan yang dilaluinya itu. Sungguh! Aku tahu betapa malunya aku saat itu. Namun, aku tegar!
Adakah cinta namanya?

---
Hari-hariku hanya diisi dengan namanya sahaja. Pagi ini aku cuba tuk melihat dirinya kerana diriku sudah tidak keruan. Ah! Malunya tuk aku luahkan... aku rindu!

Aku turun ke tandas sekolah pagi itu. Konon-konon dapat bertembung dengannya. Pada saat ini, andai dapat bertembung pun sudah memadai bagi aku. Namun, apa-apa yang ku harapkan adalah hampa. Kerana aku pergi terlalu awal. Seusai sahaja aku kembali ke kelasku, barulah ku lihat kelibat dirinya. Mungkin ada satu hal yang aku lupa, kini dia sudah menjadi MPA ( Majlis Pengawas Asrama ) di asramaku. Mana mungkin dia mempunyai masa yang banyak. Lebih-lebih lagi masa tuk memikirkanku. Seperti mana aku mengingatinya kini!


Ya Allah, mengapa Kau datangkan perasaan ini tatkala aku hampir sahaja ingin menduduki peperiksaan? Mungkin dia tidak merasai apa-apa. kerna dia tidak tahu apa-apa. Tapi aku? Aku takut iman ku. Ya Allah, bantulah aku. Aku takut...


****************************************************

Jadi, bagaimana dengan iman kita? Gadis yang diceritakan di atas ini, suka. Tapi dalam masa yang sama, takut... Takut kalau-kalau dia tidak sempat merasai nikmat cinta yang sebenar di sisi Allah. Tidak kiralah lelaki itu mahupun pasangan kita itu lebih tua atau lebih muda. Ingat, rakan2... Iman itu umpama cermin mata yang perlu dijaga dari habuk-habuk luar dan juga dari retak-retak durjana dek kerana lemahnya tangan kita tuk menjaganya.

Fikirkan.. Renungkan.. Resaplah di hati kita, ya dik.. InsyaAllah, Allah akan sentiasa menjaga hati kita jika kita sentiasa menjaga cinta kita kepada Allah.

Akhirul kalam, selamat bersua dengan cinta yang lebih diredhai Allah. Salamun a'laik...

Comments

  1. jagalah hati n mata.. lumrah remaja nak suka2 org ni. tp kalo dah smpai tahap, rindu2 bagai, dah kira parah ni. penyakit hati sdg melanda anda! AWAS!

    ReplyDelete

Post a Comment

saya menantikan ulasan yang mampu menggetarkan hati saya.
bukan hanya mampu membuatkan saya bangga.
saya nantikan itu !

Popular Posts