saya masih mencUbaAA...~~~

Salamun a'laik..

Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas setiap kritikan membina mahupun menghentam dari kalian. 
Saya cuba tuk ingatkan diri saya mahupun kalian bahawa saya ini bukanlah si blogger yang sangat-sangat power dalam memberi suntikan yang membina di laman ini. Saya sedar...

Terkadang, saya sering berkata-kata sendirian dalam diri saya. " Eira, jangan menulis tuk menulaskan nafsu sendiri. Jangan bermain-main di papan kunci ini tuk diri sendiri sahaja. Tapi fikirlah... tulislah tuk diri insan-insan yang masih tenggelam dalam arus nafsu mereka sendiri. Mereka perlukan kau, Eira ! "

Saya tersentak ! Apakah saya sudah cukup kuat tuk menuntun diri mereka ke jalan yang benar? Saya sentiasa takut.. Kadangkala ada yang menyatakan blog saya masih kekurangan isi.. Tak ada penghayatan... Saya tahu ! Saya sedar ! Kerna saya ini masih kekurangan dari aspek segala-galanya... Tolonglah bantu saya.

Terkadang saya membuat sedikit diskusi dengan beberapa rakan saya. Sama ada rapat mahupun kurang rapat. Mengenai cinta. Mengapa saya sentiasa mengambil pendekatan tentang cinta di laman ini? Hal ini kerana saya sendiri sedar akan lemasnya rasa cinta... akan payahnya taksub cinta. Semua itu derita. Bukan bahagia !

Saya sedar, hati saya bagai dirobek-robek... disentap-sentap... disiat-siat tatkala mendengar perkataan 'couple' dari mana-mana pihak. Kenapa? Sebab saya benci perasaan tak suci tu...

Saya tak berhak tuk menghukum mereka kerna saya hanya hamba yang kerdil... hina di sisi-Nya.. Jadi, mengertilah... hanya medium ini sahajalah tuk saya berdakwah secara tidak langsung selepas tazkirah2 saya di sekolah, mahupun di asrama... Tapi, saya hanya si blogger yang masih ingin belajar, membangun... Bantulah saya.. Bukan menghentam saya... Semua ini bukan untuk saya. Tapi untuk umat Islam yang kian bergelodak imannya, termasuklah diri saya ini.

Akhirul kalam, salam maaf dari saya jikalau saya tidak dapat mengikut kehendak kalian dalam pembikinan laman ini. Asifah ! ~~~      

Comments

Popular Posts