~fahamilah~


tika mata ini mendongak ke langit, 
air mata yang merembes keluar tanpa segan silu.
duka ini tidak jemu-jemu datang bertamu,
meski aku tidak merasakan perlu.

aku terduduk.. 
terdiam..
membisu tanpa sebaris kata,
hanya kerna aku mula terasa tunduk yakinnya,
untuk memahamkan dia. 

fahamilah.. 
aku tidak mahu 'rasa' ini,
rasa yang membuatkan aku lelah tuk menghadapMu,
dan membuatkanku terus-terusan memikirkan,
betapa menggunungnya dosa lampauku,
seakan-akan puncak yang terbias seribu pohon di sana,
seakan-akan lagu yang penuh gocak irama. 

aku tidak mahu !

izinkanlah fahaman aku ini akan terus berdiri mapan di dalam atma,
tanpa terusik sedikit pun dek bayu yang gusar. 
izinkanlah.. 

Allah.. 






Comments

Popular Posts