~ laman ini ~
Di
laman ini,
Aku
teraba mencari-cari,
Menuntut
suatu ilmu di ruang nan sepi,
Yang
hanya berbicara mengikut jiwa dan jari.
Mereka
berbicara tanpa had nurani,
Terkadang
lisan ditutur menyanggah privasi,
Itulah
teknologi !
Ilmu
yang harus ditekuni,
Malahan
terus dihalusi
Agar
segala prasangka keselamatan tidak dijurangi.
berbisik tidak mengerti,
‘bagaimana
harus ku cari maklumat yang diberi?’
Itu
kata hatiku.
Lantas
ku ayunkan kaki
Menerajui
langkah agar dapat ditemui.
Ya,
aku sudah berjaya !
Hanya
dengan perspektif bijak dan langkahan yang waspada,
Aku
manfaatkan ia dengan maklumat yang berguna.
Itu
perinya.
Akal
yang waspada agar tidak terpedaya.
Setiap
detik aku mendengar lisan yang berbicara,
Terkadang
tidak puas dalam menggunakannya,
Dan
terus-terusan menyalahkan teknologi yang ada,
Apakah
itu sewajarnya?
Fikirkanlah
sayang..
Hidup
ini tunjangnya kebersamaan,
Justeru
gunakanlah laman ini dalam kesepaduan,
Supaya
tiada pertelingkahan
Yang
tercetus dek ketidakpuasan.
Dan
pastikan,
Setiap
maklumat yang disalurkan
Diisi
dengan noktah yang benar-benar terselit kesahihan.
Barulah
terlahirnya keharmonian.
Sekali laman itu kau cerobohi,
Selama-lamanya pasti kau masuki lagi,
Peliharakanlah keselamatan itu sebaik-baiknya,
Dan campakkanlah kebertanggungjawaban mu itu di hati
Agar nestapa yang buruk tidak ditadahi,
Semoga kita dipelihara dari berburuk
sangka
Comments
Post a Comment
saya menantikan ulasan yang mampu menggetarkan hati saya.
bukan hanya mampu membuatkan saya bangga.
saya nantikan itu !