jom sayang~

Kau tahu,
satu detik aku pernah meraung.
barangkali tersungkurnya aku itu sangat menggunung.
Sakit.

Kau tahu?

Saat aku terjatuh itu, pulun kehabisan aku mencari-cari tangan yang menggapai.
Dalam bekas berkarat hatiku ini hanya tertulis 'manusia'.
Ya,
Manusia sahaja.
Aku terlalu mengharapkan tangan-tangan manusia yang menghulur,
merawat, membasuh luka, kesan jatuhku itu.

Terlalu.

Hingga satu saat,
Aku berjumpa dia.
Manis berkerudung.
Aku kira, dia sangat bijak intelektualnya.
Malahan, spiritualnya jua ku anggap hebat.
Sehingga aku meletakkan dirinya dalam golongan yang 'asi maksiat.
Kuat.

Namun, itu hanya kira-kiraku sahaja. Sesungguhnya, ianya masih tidak nyata.
Saat perkiraanku itu terus melonjak, aku dipukul ombak yang makin pedih.

Dia.
Bukanlah seperti yang aku kira.
Dia, bukanlah manusia jelmaan malaikat yang nyata.
Dia juga manusia biasa. Pernah berbuat dosa. Malah, sama seperti aku jua.

Kau tahu,
aku terpana.
terasa petir itu kembali menerpa.
Arghh.. sakit sekali lagi.
Pedih.

Kakak manis,
andai kau malu dengan dosa yang dahulu,
aku jua begitu, kakak..
Kita diperlakukan dengan hamba-Nya yang sama,
cerita kita serupa, tidak jauh berbeza.
Mungkin cara kau begitu, dan aku begini.
Tapi, kembalinya kita meratapi ini, masih lagi meraup Ilahi.

Ya,
Kita masih butuhkan Dia.
Pencipta kita.
Pencipta cinta kita.

Kakak manis,
jom, pegang tanganku ini.
Kita berlari bersama-sama menuju-Nya. Biar tersadai, aku akan terus menggapai.
Jom bersama-sama. Aku rela bersama-samamu, kakak.

Comments

Popular Posts