Tangis, Derita dia.

Sunyi.

Saat sunyi itu hadir, sayap tangis itu bagai memetir. Kau terus melalui tingkap-tingkap terik derita. Mungkin kau terlupa bahawa Dia pernah menenangkanmu.

'kerna aku sayangkan hambaku, aku berikan segala. 
kerna aku cintakan hambaku, aku kurniakan permata.
dan kerna aku kasihkan hambaku, aku turunkan bencana.
hanya kerna aku tidak sanggup menjauh darimu, 
aku minta kamu  berdoa.'

 Kau terlupa.

Di saat cintamu pada-Nya yang sirna, kau tinggalkan apa yang sepatutnya. Kau biarkan ia melarat dan merebak terus di pelusuk gema. Malah, kau rapati pula dunia yang entah di mana bahagianya. Kerna dunia, walau jatuh berdentum petir dilangit, masih jua kau menggapai mimpi yang tak sudah. Kerna nikmat menggunung, walau tersasar, minta 'u-turn' kembali jua tidak kau mahu. Malah, semakin angkuh.

Oh, inikah dirimu yang sebenarnya, duhai hati? 

Kau mulakan dunia ini dengan langkah yang laju meluru pergunungan. Seakan-akan berlari, tidak minta berhenti. Kau pasakkan diri dengan semangat yang meninggi, seakan-akan ralat dengan segala ujian Ilahi. Hakikatnya, di pertengahan garisan penamat, kau tersungkur jauh di landasan kemenangan. Cukup kiranya jika ingin menyatakan bahawa kau sudah tewas. Tewas dengan godaan sendiri. Baguskah?

Sedarlah sayang.

Baringkan dirimu sebentar. Tenangkan hatimu. Kesat air mata itu. Usap lembut dadamu, lantas bisikkan pada jiwamu.

'aku punya Dia. Jalanku ini seharusnya demi Dia. Tidak baik untuk aku megah terpesong, sedangkan Dia sangat cinta akanku. Aku mahu berubah. Ya, berubah!'

Moga-moga tertusuk.
Dalam. 

Comments

  1. tudiaaa siap ada blog lagi ...
    memang puitis anda ini ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak @ainaa.azizan blog yang dah usang kak.. terima kasih sudi datang.. walau tidak ku balas bertandang.. huhu

      Delete

Post a Comment

saya menantikan ulasan yang mampu menggetarkan hati saya.
bukan hanya mampu membuatkan saya bangga.
saya nantikan itu !

Popular Posts