Berundur menapak

Januari 2015

ktakk ktakk ktakk.. 

Tangan meneruskan taipan. Serasa tulisan terakhir yang bakal ku coretkan. Bermula dengan perit, berakhir dengan pahit. Arghh, inikah aku? 

Februari 2015

Aku kembali menjejakkan kaki ke bumi penyu dengan 1001 persoalan yang tak habis diratah jawapannya. Berharap minda kembali normal menerajui pimpinan yang digalas pada fasa ini. Saf Pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG). 

Namun..

Segalanya kembali bersawang. Minda yang terang, seakan-akan punah. Satu per satu cambahan persoalan diteruskan. Hingga membuatkan jiwaku sesak. Harapan tuk kembali fokus juga hilang berterabur, dibawa angin yang entah bila akan terhenti. 

Suatu malam, kehadiran mereka ke teratak ilmu ku telah merobekkan kembali rasa sirna itu. Gelisah. Ya, itu yang aku rasa. Harus bagaimana lagi tuk aku selindungkan rasa hati tika itu? Sehingga hampir satu minggu ku biarkan benak dihausi kesudahan. Tapi tidak juga ku temukan. 

19 Februari 2015

Kaki ku melangkah ke Serambi Mekah. Kelantan. Negeri yang dipenuhi dengan masjid-masjid indah, yang bukan sahaja menenangkan serabut jiwa, malahan menyemarakkan kembali sejarah asal 'mengapa' aku bertapak dahulu. Seharian aku mencari jawapan. 

Jawapan buat itu.

Akhirnya.. 

"Alhamdulillah, kes itu sudah selesai.. bla, bla, bla..."

Dan aku.. 

Temui jawapannya. 

Aku juga akan berundur. Biarlah mereka fikir aku sudah tidak berani melangkah berjuang, kecut pertahankan islah, kendur menghadap tali-tali perjuangan. Hakikatnya, aku malu. 

Malu tuk terus berdamping bersama-sama kalian.

Kalian yang sudah begitu banyak mengajar aku erti itu, itu dan itu. Dek sedikit kelekaanku melangkah, aku tertumpas. Dan akhirnya aku menemui jalan buntu yang membawaku ke arah jalan ini. 

Jalan mati. 

Mati dalam melangkah. 

Maafkanku. Mungkin itu memori indah aku dahulu bersama kalian. Tapi, mungkin juga memori pahit ku bersama 'itu'. 

Semoga bersua kembali dengan memori itu. 

Faratul Aisya (Kegirangan dalam Kelembutan)

Comments

Popular Posts