Kalam Cinta?

- Lelaki sebaya
- Pendek
- Tak pakai spek mata
- Orang Pantai Timur
- Terlalu banyak berjenaka (ku anggap tidak serius)
- Budak yang tak join usrah

Semuanya not in my list (Mr.Perfect). Yes, aku harus akui itu semua sememangnya tidak tercatat dalam kamus hidup aku tuk memilikinya. Tapi, itu sekadar list yang direka olehku, dek pengaruh novel-novel buatanku sendiri. Semuanya boleh berubah.. :)

Fara.

Orang lain mengenaliku di zaman sekolah dengan seorang pengawas yang agak 'sombong'. Mungkin sahaja kerana title ku sebagai pengawas disiplin. Atau mungkin juga kerana pengalamanku sebagai exco paling muda di asrama. Atau mungkin juga kerana aku sering turun naik ke atas pentas. Bukan sahaja kerana akademik, malahan tahap ko-akademik aku juga agak memberangsangkan (nasyid, sajak, pidato, syarahan, debat BM, merentas desa dll..) Mungkin kerana itulah mereka menggelarkanku sebagai 'sombong'. Hmm..

Dek itulah, sukar untuk aku mempunyai hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

Pertama,
kerana desakan keluarga yang memaksaku fokus pada pelajaran (keluargaku amat tegas bila melibatkan hal-hal akademik)

Kedua,
kerana tanggungjawabku sebagai pengawas dan exco di sekolah serta asrama.

Tipulah jika aku tidak meminati mana-mana lelaki. Tapi itu semua hanya sekadar 'minat', bukan 'sayang'. Its different. Fokus aku ialah belajar, belajar, belajar dan belajar. Sehinggalah tamatnya sahaja aku di Tingkatan 6, aku memasuki sebuah gerakan mahasiswa di sebuah negeri. Dan aku mula mengenali keseluruhan gerakan itu dan ahli-ahlinya.

Dari situ aku mengenali dia.

Ya, hatiku mula tertarik pada seorang insan bernama lelaki pada akhirnya. Meminati dan menyayangi.

Awan pernah kelabu dek beratnya hujan tuk menitis. Air mata pernah tertumpah dek beratnya air tuk kelompak menampungnya. Begitu juga hati manusia. Kaki akan jua tersalah langkah dek beratnya ujian yang menimpa.

Aku manusia. Sama seperti dia dan dia. Kerana satu pertemuan, hadir pertemuan seterusnya dan seterusnya.

Dan berakhir dengan...

PENYESALAN.

Harus bagaimana lagi hati ini kuat tuk menghadapnya?

Comments

Popular Posts