Bukan sengaja, tapi terpaksa

Kejauhan yang mendesak hati tuk berundur.

26 Februari 2015

Its over. Terima kasih awan kerna selama ini memayungi hari-hariku. Terima kasih tanah kerna selama ini melindungi payah jejakku. Terima kasih buat semuanya.

Pengalaman yang sungguh bererti. Hingga menarik rapat mindaku tuk kembali berjeda. Gambar yang dahulu ku rapati di malam hari tika hati merindui, kini hanya bisa ku pandang sepi. 'Messages' yang sering dibaca berulang-ulang kali tika namamu diingati, kini hanya bisa dipadam dan dibuang pergi. Segalanya ku cuba bungkus rapatkan ia. Agar memori itu tidak memusnahkan tekad yang sedia ada.

Kau.

Sebuah memori terindah yang cuba ku lupuskan. Bukan sengaja. Tapi terpaksa. Demi masa depan kita. Ya, kita bersama.

Mungkin kau tidak akan memahami, kerna bukan hatimu yang berada di sini. Sekadar minda, tanpa bisik hati. Ianya tidak akan sama. Kau tahu betapa payah aku melupuskan memori itu? Kau tahu betapa peritnya hatiku melihat namamu terpampang di skrin telefonku, namun tidak mampu ku angkat membalasnya? Kau tahu sakitnya hatiku membaca setiap bait katamu di setiap pena 'facebook'ku, namun tidak dapatku merangka bicara? Kau tahu betapa pilunya hatiku mendengar setiap bicara tentangmu, tanpa aku mengerti kesahihannya?

Aku terluka. Sungguh terluka.

Kau tahu?

Kerna itu aku mahu menjauh. Terpaksa melambai pergi meninggalkan memori itu. Agar kau dan aku mampu diberikan ruang tuk menyantuni peluang tuk Ilahi. Bukan sengaja, tapi terpaksa. Terpaksa kerana kita. Memaksa kerana Dia.

Maafkan aku.

Comments

Post a Comment

saya menantikan ulasan yang mampu menggetarkan hati saya.
bukan hanya mampu membuatkan saya bangga.
saya nantikan itu !

Popular Posts