*sebenarnya*





sebenarnya,
tika diri tersasar,
aku amat berharap ada insan yang memelukku,
memegang tanganku,
merintih bersama-samaku.

sebenarnya,
tika diri terpesong,
aku amat berharap ada insan yang mampir ke arahku,
menyentuh hatiku,
mengesat tiap jerih nafasku.

itu yang sebenarnya.

namun, 
sedikit pengharapan ini amat sukar ku perolehi.
amat sukar ku jejaki.
amat sukar ku tuntuni.

setiap kali aku mengorak derap langkah,
seakan-akan samar tiap mahabbah,
yang tinggal hanyalah lelah,
yang disusuli keluh kesah.

aku tidak mahu begitu!
penat!
engkau memahami bukan akan rasa ini?

Allah.. Allah..

benar,
Allah ada di setiap nafasku.
namun,
lumrah itu sukar tuk dipisah. 
aku memerlukan manusia tuk aku gagah.
tuk sentiasa kelihatan tabah. 
aku butuhkan itu.

apa yang harus aku lakukan lagi?
persoalannya masih menyaluti hati.

Allah.. Allah..



Comments

Popular Posts