~ aku sudah jatuh cinta ~




ukhuwwah itu bukan semudah mengira satu, dua, dan tiga.

bukan !

ukhuwwah itu cinta. hadir dalam mengenali dan menghalusi satu per satu cinta dalam diri.

dulu aku tidak mengenali cinta. hanya bisa mendengar. hanya bisa mengikuti sahaja apa-apa yang mereka katakan tentang cinta.

sehinggalah aku berjumpa dia. dia yang sering membuatku terpana.

usrah ! ^^

dia adalah usrah. bila aku mengenali dia, aku mula tercari-cari identitinya. aku telusuri di mana hala tujunya. di mana akan dia pergi selepas itu. dengan siapa dia bersama-sama. aku tercari-cari.. cari-cari..

aku bahagia dalam pencarianku itu. kerna aku tahu, sesungguhnya aku telah jatuh cinta.

"sanggup ku renangi lautan api."

ya, begitulah aku. biarlah mereka ingin katakan cinta hatiku ini teruk atau sebagainya. biarlah, asal aku tahu kesahihan cintaku ini. cintaku ini sungguh mengagungkan Dia sebagai Pencipta. kerna itu, membuatkan aku terus dan terus dilamun cinta. aku cinta dia, oh usrahku ~

adakah kau pernah menyintai? jika belum, marilah bersama-sama aku untuk bercinta. akan ku ajarmu makna cinta yang sebenar.

usrah ~ <3

aku cinta kamu, usrah ! ^_^

Comments

Popular Posts