oppss, ta'aruf itu !

cinta.

jiwa. 

jiwa ini rakus meneroka. entah sampai kapan mahu berhenti meneliti sehingga aku puas menerajui.

hari ini entah mengapa, suka untuk aku nyatakan perihal diri aku. yang tanpa aku sedari, rupa-rupanya masih ramai yang berpura-pura mengenali, sedangkan tidak ! :(

aku adalah aku. wanita biasa. masih biasa. 

aku dilahirkan daripada keluarga yang biasa. bukan keluarga yang taat sepenuhnya akan perintahNYA. berpakaian juga biasa-biasa. bukanlah semuanya bertudung labuh. 

aku anak bongsu. dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di suatu kampung. aku anak kampung. :)

ramai yang beranggapan aku ini seorang yang ceria, tetap pendirian. hakikatnya, tidak ! 

aku ini manja, mudah goyah pendirian, perlu ada seseorang untuk guide aku. aku ini wanita biasa. perlukan itu. kelemahan aku ialah sukar untuk meluahkan. suka memendam. hanya insan tertentu sahaja yang boleh tahan dengan perangai aku yang pelik ini. 

kenapa aku nyatakan kriteria aku ini? 

sebab aku sudah jatuh cinta pada usrah sebelum ini. dan selepas jatuh cinta, aku harus untuk mengenalinya. barulah cinta itu mampu disemai. aku ingin berkasih sayang dengan cinta hatiku ini. aku perlu berta'aruf. 

selepas ini, aku mahukan ta'aruf dengan cinta-cinta yang lain pula. ingat ya, aku ini manja ! ^_^

Comments

Popular Posts