~ misiku bermula ~
![]() |
kilauan permataku, adik-adik yang ku sayangi |
detik ini muncul. khidmatku diperlukan semula.
naqibah !
tanggungjawab yang tak sudah. memastikan adik-adik sentiasa dalam kefahaman untuk mendidik jalur keagamaan. jujur, aku bukanlah yang terbaik. masih merangkak-rangkak meluruskan saf keimanan yang pernah keciciran.
aku telah ditanyakan satu soalan sebentar tadi.
" Kak Fara, kenapa lama menyepi? "
diam.
"beruzlah."
diam.
kenapa aku katakan uzlah? dulu aku penasaran. kebingungan. aku hidup dalam keasyikan. bahagia dan enjoy bersama-sama sahabiah. sehingga aku terlupa. aku ini bahagia sekadar kerana jemaah? atau ukhuwwah? atau teman-teman? atau sememangnya kerana cintaku pada Ilah?
dek kebuntuan, aku pamitkan diri dari segala-galanya. lama aku beruzlah (bersendirian) berkelana mencari makna perjalananku selama ini. ku tinggalkan mereka yang bersama-sama bergerak. ku tinggalkan jawatan yang disandang berarak. uzlah !
dan kini.. aku penuhi jawapan. dan akhirnya aku mula mengatur langkah bertemu adik-adik usrah yang ku rindui.
ya, aku sudah temui jawapannya.
Imam Fathi Yakan pernah menyebut dalam kitabnya, dalam perbincangannya, "Aku Mesti Beramal dengan Cara-cara Islam". aku rumuskan di sini bahawa dalam apa-apa jua gerakan yang kita bawa, kita perlu FAHAM. pemahaman itu yang utama.
faham..
1) susur galur gerakan
2) matlamat, objektif etcl.
3) pengikut
4) pimpinan
5) lain-lain
kita perlu faham. bukan sekadar ikut-ikutan atau secara membabi buta sahaja.
dan akhirnya, aku fahami 'mengapa' aku di sini. ^_^
harakiah, ku cintamu LILLAH ! :)
![]() |
sebahagian cinta hatiku ^_^ |
Comments
Post a Comment
saya menantikan ulasan yang mampu menggetarkan hati saya.
bukan hanya mampu membuatkan saya bangga.
saya nantikan itu !