di suatu detik pertemuan..

Di suatu detik ini, 
dengan penuh penghambaan, aku amat bersyukur dengan pertemuan ini.. kerna bisa bertemu dengan secebis lakaran kumal yang bisa ku coretkan seribu satu rintih dan pedih.. rawan dek lawan.. 

ingin sekali ku laungkan rasa hati yang kian berbelah bahagi ini demi suatu rasa yang kian mencengkam sukma.. ingin sekali..

tatkala 9 Julai menjengah di dada kalendar, tatkala itulah atmaku porak-peranda.. bukan dek risikan suatu pernikahan.. bukan juga kerna amarah ibuku dek suatu kebilauan hati.. namun,
dek suatu rasa dari sebuah peperiksaan.. 
MUET!!!

yaaa!!! aku bukan lah seorang pekerja harian.. bukan juga suri menepati masa.. namun, aku seorang pelajar PPUA ( Pra Persediaan Universiti al-Azhar) di sebuah sekolah tempatan di negeri Selangor.. aku bukanlah meminta agar diberikan pujian setinggi Gunung Everast.. apatah lagi untuk diangkat martabatku seperti Karina Kapoor, Maya Karin.. mahupun Nabi junjungan kita, yakni Nabi Muhammad.. hanya kerana aku bisa menuntun pena ku di lembaran ini.. 

namun, ini hanyalah satu-satunya caraku dalam meraih kebahagiaan di segenap atma kecilku ini.. 

Ya Allah, bantulah aku dalam meneruskan impian yang entah bila akan tercapai ini.. dengarlah luahan ku  ini.. hanya kerana seindah faratul aisya..

Comments

  1. smoga hari2 yg m'dtg akn lbey m'bawa sinar pd hdup kita..

    ReplyDelete

Post a Comment

saya menantikan ulasan yang mampu menggetarkan hati saya.
bukan hanya mampu membuatkan saya bangga.
saya nantikan itu !

Popular Posts