peluang...

perasan atau tidak??
kadang-kala kita bagai tidak mensyukuri apa-apa nikmat yang telah Allah kurniakan terhadap diri dan sekeliling kita.. betul atau tidak??

 apa-apa yang menarik...

tersungkur bukan bererti kita pasrah..
diam bukan bererti kita mengalah...
dan mengalah juga bukan bererti kita kalah... !

nafsi kita kadang-kala amat kuat mengatakan jitu...
namun amat sukar tuk bertindak padu...
nafsi kita kadang-kala amat utuh bergerak berganding...
namun amat sukar tuk berjihad beriring... !

Allah menjadikan manusia bukan hanya tuk mematukan diri,
melihat segala isi,
terburai tak bertepi..!!

tapi, Allah utuskan diri kita sebuah akal
tuk menggambarkan suatu rasa yang dapat menggerakkan nurani
dalam mengutus realiti yang pasti..

jika di dini hari kita bisa membanting tulang
mata dan kerah rasa..
bagi menghadap muka buku, skype dan pelbagai lagi..
apakah mungkin kita hanya ingin mematukan diri
melihat segala cebis simpati mereka yang kian terhakis??
sedangkan kita hanya bersenang-lenang,
bersuka-ria berada dihadapan netbuk..??

apakah itu dikatakan Islam fi hayatina daiman????

bukan kepincangan laku yang ingin dipersoalkan kini..
tapi,
kerelaan hati dalam menggapai mimpi
dan amanah Ilahi
dalam realiti ini...

apakah kita benar-benar ingin menggapai syurga Allah??

segalanya hanya ada di tangan anda..!!

fikir dan renung..!
cari dan amal...!

ma'as salamah....

Comments

Popular Posts