apa yang ada kini hanya sejarah !

Salamun a'laik..
alhamdulillah, bak kata rakan blog saya, sudah berhabuk blog ini tatkala hampir lama tidak dibuka. Apa perasaan saya tika ini?? Jom kita check balik jiwa kita.. Korek balik apa yang dinamakan ilmu di dada kita??

kini, baru saya menyedari hakikat sebuah perpisahan memang payah tuk dilupakan. Jika dahulu, kita sekadar  berpisah dengan rakan yang mungkin hanya di tahap biasa-biasa sahaja. Itu pun sudah tidak keluar bilik walau hanya sehari dek tangisan yang tidak terhenti. Benar atau tidak? ~~hee,,

Kini, kesedihan itu makin dirasai.. Bukan hanya kerana berpisah dengan jasadnya sahaja. Namun, berpisah dengan ilmunya jua.. Jujur tuk saya luahkan, saya tidak pernah merasai detik-detik mengambil peperiksaan bersama-sama calon luar.. Jika dahulu, dari peperiksaan UPSR, PSRA, PMR, SMA, dan SPM, saya hanya berada di dalam kelompok yang sama sahaja... iaitu rakan-rakan sekolah saya. Sehinggalah baru-baru ini, pada tanggal 14 Oktober 2012, saya didatangi oleh beberapa usrah dari Pusat Stam di luar.. Namanya apa? Shuuuttt.. biarlah rahsia ! ~~hee,,

Walau hanya mengambil masa selama hampir seminggu kami bersama-sama. Tapi ukhwah sangat, sangat dan sangat dirasai.. Lebih-lebih lagi pada akhowat nya, sangat-sangat manis, peramah, dan baik ( walau terkadang buat hal sendiri je.. huu)..  Namun, apa yang paling menyedihkan adalah detik pertemuan yang hanya tuk seketika.. Tahu-tahu sudah berpisah.

Jika dahulu....

5.40am :  Menuju ke surau. ( Sudah terang lampu-lampunya. Kedengaran suara-suara mengaji.
                 Baik lelaki mahupun perempuan. Jika menyinggah di tingkat atas, acapkali ku lihat akhowat
                 menghafaz pengajian. Syahdu!)

6.40am : Segera-segera menuju ke DM. Makan ! huu..

7.00am : Cari port masing-masing. Apa lagi?? Kelam kabut menghafaz untuk peperiksaan sesi pagi.
               ( Di pondok dewan makan, kelihatan akhowat ku sayang. Di meja bawah pokok, 2 orang rakan
               asramaku. Aku pula berada di kerusi berhampiran pagar hostel.. Ya Allah, rindunya saat itu ! )

8.00am : Rushing for exam.. iyaa !!

12.45pm : bergegas ke DM.. makan lagi ! huu~~
               : ke surau.. dengar calon-calon luar azan.. waa, sedapnya, indahnya kalimah Allah..
               : mula gelabah balik nak baca buku tuk sesi petang.. huu

2.30pm : exam !

5.00pm : gelabah nak solat.. aiyaa.. da lambat ! seperti biasa, suara-suara merdu kedengaran menjadi imam.
               Alhamdulillah..

7.00pm :solat. sentiasa calon luar menjadi imam. Syukran ! Suara-suara itulah yang menjadi kerinduan kami
              saat ini.
              ade nya mereka, surau sentiasa meriah dengan bacaan alQuran. Alhamdulillah, Allah datangkan
              mereka untuk kami walau seketika.

12.01am : TIDUR !!

3.00am : bangun. ( bila keluar bilik, sudah ada bilik-bilik yang dihuni oleh akhowat menemani saya untuk
               stay up. kalau tidak, memang seram ! sebab saya seorang sahaja. huu )


                                                     ***KINI***

5.40am : gelap je.. sunyi je.. hmm.. habis solat, dan buat itu, ini, terus pergi DM.. sunyi...
7.00am : terus pergi kelas. Sudah tidak gelabah lagi macam selalu.
2.10pm : sudah tidak kedengaran azan Zohor dari calon luar. Sunyi lagi...
4.30pm : solat Asar tak lambat lagi.. huu.. tapi.. ada sesuatu yang kurang.. hmm
3.00am : Sudah tiada siapa lagi yang dapat temankan saya bila bangun tidur.. hmm


****
Di sini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu dari sahabat baru STAM saya berkenaan wirid pada solat..
Buat pengetahuan kalian, satu perkara yang saya kagumi akan diri mereka adalah ilmu yang mereka miliki. Mereka kelihatan biasa-biasa sahaja, namun siqah antara lelaki dan perempuan amat dijaga. Perkongsian ilmu juga tidak kurang inputnya. Dan apa yang menariknya adalah, perkongsian ilmu yang kadangkala boleh menimbulkan perdebatan di situ. Tidak salah kan? Kita ambil contoh tradisi masyarakat Mesir dahulu dan kini. Mereka, setiap kali membuat halaqah atau talaqi disana, pasti sesuatu perkara akan dijadikan isu terbesar buat mereka. Sehinggakan timbul beberapa pendapat, yang kadangkala sohih, dan kadangkala dho'if..

Dan menjadi tradisi bagi calon luar di sekolah saya ini adalah pembacaan wirid yang perlahan volume nya. Mengapa?

Hal ini demikian kerana,

  • Imam Syafie menggalakkan pembacaan wirid yang perlahan bagi menimbulkan rasa khusyuk pada jemaah dan imam itu sendiri.
  • Ingin mengajar pihak kami, bahawa wirid yang perlahan bukanlah suatu kesalahan. Tidak ramai umat Islam pada saat ini yang benar-benar ingin mengutip ilmu Allah ini. Justeru, pendekatan melalui amal inilah yang dapat memudahkan proses dakwah.
  • Bagi menggalakkan para jemaah dapat menghafaz atau belajar berwirid sendiri. Hal ini demikian kerana, solat adalah satu cara untuk kita berinteraksi bersama-sama Pencipta kita, Allah selain membaca al-Quran. Bukanlah selama-lamanya kita hanya ingin bergantung harap pada imam semata-mata. 


** Begitu juga halnya dengan pembacaan doa, jika kita tidak dapat memahami apa-apa yang dibacakan imam, lebih afdhal kita membacanya sendiri. Kerana itu adalah permintaan kita kepada Allah.

** Sebenarnya, hal pembacaan wirid yang perlahan ini telah banyak dipersoalkan dalam buku-buku ulama'. Penyelesaiannya pun sudah ada. Iaitu...

 # kuatkan kepala dan perlahankan ekornya.
    contoh : Subha ( kuat )... nAllah ( perlahan )..

cubalah praktikkan ia tatkala anda memegang amanah sebagai imam solat nanti. Jangan sekali-kali gentar tuk melakukan islah dalam masyarakat. Kerana apa? Rasulullah juga sering dihimpit cacian dan kutukan tika dakwah dilaksanakan. Pada saat Rasulullah ke Taif dahulu, Baginda telah dilemparkan batu. Sebab apa? Hanya kerana dakwah yang terlalu drastik. Namun, itu tidak dijadikan faktor pembekuan dakwah tersebut.
Cubalah sedikit demi sedikit demi agama Allah.
* sumber dari sahabat luar peperiksaan STAM*

Wallahu a'lam.. Jika ada yang salah, silalah tambah segala input-input kepada saya. InsyaAllah, kita makmurkan agama Allah ini bersama-sama.

Salam akhir dari saya.


Comments

Popular Posts