positive not pasive...

yuhuu2... salam bauan  syurga.. salam  rentetan  mesra.. salam  kasih  dan  cinta.. salam  sejahtera !

di sini  ada  beberapa  persoalan  yang  perlu  dan  sangat-sangat  perlu  tuk  kita  fikir  dan  hayati  bersama-sama..

  •  adakah  kita  cukup  solat  5  waktu??
  • jika  cukup, adakah  kita  solat  berjemaah??
  • jika  berjemaah, adakah  setiap  WAKTU??
  • adakah  kita  bersolat  di  masjid  atau  surau  atau  mungkin  hanya  di  RUMAH??
  • apa perasaan  kita tatkala  mendengar  suara  azan?
  • berapa  kali  SEMINGGU  kita  melangkahkan  kaki  kita  ke  masjid  atau  surau?
  • bagaimana  kita  melihat  ORG TUA ( bukan muda )  bertongkat  melangkah  kaki  ke  masjid?
  • adakah  kita meningkatkan  kefahaman  tentang  solat?
  • adakah  solat  di  AWAL  waktu?
  • berapa  kali  kita  boleh  solat  di  saf  yang  PERTAMA?
  • adakah  khusyuk??
  • boleh  mencegah  kemungkaran  bagi  diri  kita?
  • bagaimana  pula  dengan  solat  Dhuha  kita?
  • adakah  kita  mampu  tuk  bangkit  QIAMULAIL  pada  waktu  malam?
  • berapa  kali  kita  tunggu  waktu  bersolat?
  • apakah  solat  menjadi  bebanan  kita  atau  TANGGUNGJAWAB>>??
  • berapa  kali  kita  suruh  anak  kita  bersolat?
dan...

  • berapa  kali kita  mengajak  keluarga  dan  anak-anak  kita  solat  berjemaah  di  masjid???

.............................................................................................................................................................


semoga  persoalan  ini  dapat  membuatkan  kita  berfikir  sejenak,  berapa  banyak  amalan  yang  kita  sudah  lakukan  sepanjang  hayat  kita  ini? Bukan  sekadar  berfikir, tetapi  suka  tuk  saya  menyarankan  pada  kalian  bagi  bertindak  mengikut  kepentingan... bukan  kemahuan !

semoga  di  lemparan  yang  mendatang, saya  akan  mendapat  respon  yang  positif  daripada  kalian.. dan  bukanlah  pasif  semata-mata. Hal  ini  demikian  kerana  " ilmu  tanpa  amal  ibarat  pohon  yang  tidak  berbuah"..

Selamat  bertafakur.. dan  menghayati  setiap  apa-apa  yang  kita  perolehi.. Biar  sedikit, tetapi  mantap  dan  rapi  hidangan  pahalanya  di  sisi Allah..

Haiwaa..  bertindak  mengikut  kepentingan, bukan  kemahuan. Biar  sekarang  orang  tidak  memandang  kita, namun  di akhirat  kelak, pahala  kan  menjemput  kita.. insya-Allah..

Comments

Popular Posts