**FIKIR**

Senyap...

Geram...

Sedih...

Gembira...

Suka...

Duka...

..................................................................................................................................................................

       Nahhh dia... itulah  feeling  yang  kita  rasa  sehari-harian. Semua  itu  adalah  fitrah  di  atas  segala  kejadian. Pernah  tak  kita  terfikir  tuk  berundur  tanpa  sempat  mencuba? Pernah  atau  tidak  kita  terfikir  tuk  berhenti  sebelum  meneliti?

                             FIKIR, FIKIR, DAN FIKIR !!


       Mengapa  saya  tekankan  di  sini  peri  pentingnya  berfikir?  Kadang-kadang  manusia  tidak  akan  merasai  nikmatnya  pemikiran  dalam  kehidupan  kita  sehinggalah  nikmat  itu  telah  di  ambil  semula. Hal  ini  demikian  kerana  kita  sudah  didedahkan  dengan  begitu  banyak  kesenangan, kemewahan, dan kenikmatan  tanpa  sedikit pun  tercalit  kesyukuran  dalam  hati. Benar  atau  tidak??
" Bersyukurlah  kamu, nescaya  kenikmatanmu  akan  berganda"..

Antara  salah  satu  nikmat  yang  Allah  telah  pamerkan  dalam  hidup  kita  adalah  CINTA..

......................................................CINTA..................................................



Ku  hembus  bayu  dalam  sedu,
kadang  ku  tahan  walau  atma  merintih  hiba,
ku  kucup  sayu  dalam  padu,
kadang  ku  rela  walau  jiwa  meratap  kaku...

Hatiku  telah  dirampas  taufan,
malah  ku  sedar  semakin  gentar  ingin  ku  tahan..

Ia  datang
meski  hatiku  hanya  ingin  padaNya..
Ia  pedih
meski  ku  tahu  nikmatNya  lebih  berkuasa..
Ia  mengguriskan
meski  ku  sedar  Allah  pengubat  duka..


********************************************************************************

Intisari  dari  sebahagian  puisi  di  atas,  siapakah  "IA"  yang  dimaksudkan?? Ia  adalah  cinta.. Ia  mengguriskan, ia  menyedihkan, ia  buat  kita  tersentap... segala-galanya  ia.. tapi  sebenarnya  kita  sedar  bahawa  "ia"  adalah  fitrah  yang  dikurniakan  olehNya..

Suka  tuk  saya  peringatkan  di  sini  bahawa  WALAU  SEKUAT  MANAPUN  IMAN  ANDA, IA  TIDAK  MENENTUKAN  SEGALA..

**GODAAN  TIDAK  MENGENAL  BETAPA  KUATNYA  IMAN,
     NAMUN, HANYA  IMAN  SAHAJALAH  YANG  DAPAT  MENGENAL  BETAPA  TEGUHNYA  GODAAN.. bagi  kita  menghalang !

namun, IMAN  yang  sebagaimana  yang  saya  maksudkan  di  sini? Ini  hanyalah  iman  yang  benar-benar  berlandaskan  KITABULLAH wa  SUNNAH.. BUKAN  ATAS  NAMA, TETAPI  BERLANDASKAN  JIWA  YANG  YAKIN  PADA-NYA..

PENTING !!!

** Bagaimana  kita  ingin  menjaga  iman  kita?
  1. jagalah  mata
  2. lembutkanlah  percakapanmu
  3. tajamkanlah  pemikiranmu  dalam  tuntutan  ilmu
  4. amalkanlah  segala  syariat  yang  kau  tahu
dan....  jagalah  hatimu

ini  kerana  hati  adalah  pencetus  segala-galanya. Baik  hatimu, nescaya  baiklah  peribadimu. Bila  mana  mata  kita  mulai  bertindak  di  atas  kemahuan, nescaya  hati  yang  terjaga  dan  mulia  kan  mengambil  peranan  untuk  imanmu.

Akhirnya, suka tuk saya  berkongsi  sedikit  lagu  buat  santapan  rohani  kita  pada  saat  ini.

.................................................................................................................................................................

jagalah  hati,
jangan  kau  kotori,
jagalah  hati 
lentera  hidup  ini..

** jika  anda  menyintai... usah  diluahkan... kerna...

di  hati  ini  hanya  Tuhan  yang  tahu,
di hati  ini  aku  rindu  padamu,
tulus  sanubari  menyaksikan  hadirmu,
hanya  kaulah  gadis  pilihanku...

.................................................................................................................................................................

Justeru, BERSYUKUR  di  atas  nikmat  yang  Allah  telah  campakkan  di  hati-hati  kita  ini. BERFIKIRLAH  di  atas  setiap  apa-apa  yang  Allah  telah  kurniakan. Usah  hanya  membuta  tuli  menerima  tanpa  berfikir  akan  faedahnya  mahupun  kekurangannya. Kerna  sesungguhnya  Allah  menyukai  hamba-hambanya  yang  berfikir.

~~SELAMAT  BERFIKIR~~

Comments

Popular Posts